awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York bermula susulan rundingan kontrak gagal
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cklamovski terkejut spekulasi masa depan bersama Harimau Malaya

Bernama
Bernama
17/11/2025
09:15 MYT
Cklamovski terkejut spekulasi masa depan bersama Harimau Malaya
Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski bercakap pada sidang media praperlawanan kelayakan Piala Asia 2027 Malaysia menentang Nepal hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Peter Cklamovski mengakui terkejut mendengar spekulasi mengaitkan masa depannya bersama Harimau Malaya yang dikatakan bakal berakhir dalam masa terdekat.

Ringkasan AI
  • Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Peter Cklamovski, mengakui terkejut dengan spekulasi mengenai masa depannya bersama Harimau Malaya.
  • Cklamovski menegaskan bahawa fokusnya kini adalah mempersiapkan pasukan untuk perlawanan menentang Nepal dalam kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, menyifatkan isu mengenai masa depan Cklamovski sebagai spekulasi liar, manakala Cklamovski menyeru pasukannya untuk menggempur Nepal dengan permainan yang baik dan mengekalkan kawalan permainan.

Pengendali dari Australia itu berkata beliau sebaliknya tidak mahu memberi tumpuan kepada spekulasi yang tular di media sosial berkenaan selain mengesahkan akan terus mengemudi skuad negara buat masa ini.
"Ia agak mengejutkan saya tetapi itu adalah bola sepak dan perkara seperti itu boleh berlaku. Apa yang paling penting bagi saya sekarang ialah mengenai hari ini (persediaan pasukan), kemudian pastikan kami melakukan perkara yang betul esok dan mengutip tiga mata.
"Menamatkan tahun ini di puncak dan terus memberikan keyakinan negara kepada pasukan yang sedang kami bentuk. Itu sahaja yang saya fikirkan sekarang," katanya pada sidang media praperlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di sini hari ini.
Cklamovski berkata fokus utamanya ketika ini adalah mempersiapkan pasukan bagi memastikan anak buahnya meraih tiga mata penting ketika menentang Nepal pada aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.
Sabtu lepas, Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi menganggap isu masa depan ketua jurulatih Harimau Malaya itu hanya spekulasi liar.
Dalam pada itu, Cklamovski menyifatkan anak buahnya bersedia untuk sekali lagi menggempur pasukan Nepal selepas memenangi perlawanan pertama pusingan kelayakan pada Mac lepas.
"Saya mencabar pasukan untuk bermain bola sepak dengan baik, menjaringkan seberapa banyak gol yang mereka boleh. Mereka (Nepal) datang dengan pengurus baharu (Hari Khadka) dan mereka akan berusaha menghalang kami tetapi perkara yang paling penting ialah kami perlu mengawal permainan," katanya.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Peter Cklamovski
#spekulasi masa depan
#harimau Malaya
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan