awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Copa del Rey: Hatrik pantas Torres bawa Barcelona ke separuh akhir

Astro Arena
Astro Arena
07/02/2025
03:45 MYT
Copa del Rey: Hatrik pantas Torres bawa Barcelona ke separuh akhir
Ferran Torres menjaringkan gol keempat pasukannya ketika perlawanan Copa del Rey suku akhir antara Valencia dan Barcelona di Stadium Mestalla, Valencia, Sepanyol, 6 Feb 2025. (Foto AP)
VALENCIA 0 BARCELONA 5
Ferran Torres menjaringkan hatrik dalam tempoh 30 minit pertama untuk membantu Barcelona menewaskan Valencia 5-0 dalam suku akhir Copa del Rey di Stadium Mestalla awal pagi tadi.
Turun beraksi di tanah kelahirannya menentang kelab zaman remajanya, di mana dia melakukan 71 penampilan liga dari 2017-2020, Torres membuka jaringan seawal minit kedua dengan menyudahkan satu gerakan serangan balas pantas.
Dia kemudian menolak masuk bola muntah hasil percubaan awal Lamine Yamal berselang 15 minit dalam aksi dominan Barca tanpa penyerang utama, Robert Lewandowski.
Lima minit selepas itu, giliran Fermin Lopez menemui sasaran juga daripada satu gerakan serangan balas pantas dan selepas itu Torres meraih hatrik menjelang setengah jam permainan hasil satu penyudah dari sudut sukar.
Pelawat terus menggempur gawang tuan rumah dalam babak kedua tetapi hanya berhasil menambah satu gol lagi, di mana Yamal melakukan penyudah yang terbias ke badan Mouctar Diakhaby dan Yarek Gasiorowski sebelum menerjah jaring.
Barca, yang turut membelasah Valencia 7-1 dalam aksi LaLiga dua minggu lalu, akan menyertai Real Madrid, Atletico Madrid dan Real Sociedad di peringkat separuh akhir.
Topic Berkaitan
#barcelona
#Copa del Rey
#Valencia
#Ferran Torres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan