Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membatalkan tiga lagi kejohanan badminton terbuka susulan penularan wabak COVID-19.
Kejohanan berkenaan adalah Terbuka Australia (2-7 Jun), Terbuka Hyderabad (11-16 Ogos) dan Masters Korea Selatan (24 hingga 29 Nov).
Menurut BWF dalam satu kenyataan pada Jumaat, kejohanan badminton Terbuka Australia yang sebelum ini ditangguhkan, terpaksa dibatalkan kerana Badminton Australia, badan induk sukan badminton negara berkenaan gagal menemui tarikh baharu yang sesuai.
Manakala, Badminton Korea pula meneruskan penganjuran Terbuka Korea Selatan 2020 di Seoul pada 8 hingga 13 Sept.
Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund berkata beberapa perubahan perlu dilakukan namun ia tidak memberikan kesan besar kepada kalendar baharu kejohanan bagi musim 2020.
Beliau juga berterima kasih kepada semua ahli gabungan di atas kesabaran, kerjasama dan nasihat diberikan sebelum BWF memutuskan untuk menyemak semula kalendar kejohanan susulan krisis penularan COVID-19.
"Kami akan terus menyesuaikan perubahan ini bagi memastikan setiap aktiviti sukan badminton mematuhi peraturan dan undang-undang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pihak berkuasa kesihatan tempatan, serta sekatan perjalanan antarabangsa dan domestik.
"Rombakan pada kalendar kejohanan adalah perancangan utama untuk tuan rumah menganjurkan pertandingan dan pemain bertanding semula. Kami memerlukan sokongan dan ketekunan daripada semua pihak untuk mengembalikan semula ekosistem ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 06 2020
Thomas Lund berterima kasih kepada semua ahli gabungan BWF di atas kesabaran, kerjasama dan nasihat diberikan sebelum ia memutuskan untuk menyemak semula kalendar kejohanan.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
87 maut, 82 cedera akibat hujan lebat berterusan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 87 orang maut dan 82 yang lain cedera dalam insiden dicetuskan hujan di Pakistan sejak minggu lalu ketika hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negara itu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), semalam.
Pertempuran sengit paksa 200 orang lari ke Thailand
Pertempuran bertambah sengit di sempadan timur Myanmar dengan Thailand hari ini, memaksa kira-kira 200 orang awam melarikan diri ketika pemberontak mengusir tentera junta yang bersembunyi di lintasan sempadan jambatan.
Liga Hoki Selangor TNB-QNET kembali dipertandingkan tahun ini
Selepas lima tahun menyepi, Liga Hoki Selangor TNB-QNET (SHL) akan kembali dianjurkan bermula hari ini hingga 2 Jun depan dalam usaha mencungkil bakat baru sukan hoki di tanah air.
Bio-Home lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew di Kota Kinabalu.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.