KUALA LUMPUR: Tiga pasukan dalam Kumpulan C mendapat kemenangan percuma 3-0 selepas Negeri Sembilan FC (NSFC) tidak meneruskan baki saingan Piala Malaysia 2021 susulan hampir keseluruhan pasukan itu positif COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam menerusi kenyataan berkata keputusan itu diambil dengan merujuk kepada Bahagian 13: Pematuhan SOP Penganjuran Perlawanan Piala Malaysia 2021.
Beliau berkata sekiranya pegawai atau pemain didapati positif dan wajib menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga menyebabkan pasukan tidak dapat menjalani latihan dan menyertai pertandingan, maka perlawanan yang melibatkan kelab terbabit akan dibatalkan.
"Dalam surat makluman kepada MFL, NSFC telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan baki saingan peringkat kumpulan dan tidak melibatkan pasukan-pasukan yang lain demi menjaga gelembung sukan bola sepak serta menjaga keselamatan pegawai dan pemain.
"Ini kerana NSFC melalui doktor pasukan dalam surat itu telah menjelaskan bahawa pegawai dan pemain yang positif akan memperoleh beberapa kesan sampingan akibat daripada jangkitan, antaranya penurunan tahap kecergasan fizikal dan kesan 'detraining', gelaja jangkitan post-COVID, kompilasi kardiovaskular dan kompilasi perubatan lain," katanya.
BACA: 24 pemain, pegawai Negeri Sembilan FC dilapor positif COVID-19
Keputusan itu akan menyaksikan Kedah Darul Aman (KDA) FC memperoleh enam mata tanpa mengeluarkan keringat, manakala Melaka United dan Kelantan United masing-masing akan memperoleh tiga mata percuma.
Dalam baki empat perlawanan peringkat kumpulan, NSFC dijadual bertemu Kedah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 29 Okt dan di Stadium Darul Aman, Alor Setar (2 Nov), Melaka United di Paroi (6 Nov) dan Kelantan United di Paroi (9 Nov).
Terdahulu, NSFC mengumumkan tidak dapat meneruskan saingan Piala Malaysia musim ini selepas 20 pemain serta empat pegawainya disahkan positif COVID-19 dan mereka sedang menjalani kuarantin selama 10 hari.
Juara tiga kali itu yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2011, menduduki tempat ketiga Kumpulan C dengan tiga mata, selepas tewas 2-0 kepada Melaka United dan menang 1-0 ke atas Kelantan United.
Stuart yang menganggap insiden itu sebagai satu perkhabaran yang tidak diingini, berharap barisan pegawai dan pemain skuad Hobin Jang Hobin itu cekal dan tabah menghadapi ujian berkenaan sekali gus berharap akan kembali beraksi di pentas Liga Malaysia dalam tempoh terdekat.
Dalam masa sama, beliau turut berharap pasukan-pasukan lain kekal berdisiplin dan menjaga gelembung sukan demi memastikan perjalanan pasukan dalam kempen Piala Malaysia 2021 tidak terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 22 2021
Stuart Ramalingam menerusi kenyataan berkata keputusan itu diambil dengan merujuk kepada Bahagian 13: Pematuhan SOP Penganjuran Perlawanan Piala Malaysia 2021. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
Zaquan Adha sudah dipancing pihak tertentu
Dia memberi bayangan tidak akan berpeluk tubuh sahaja, sebaliknya sudah mengikat perjanjian dengan pihak tertentu.
Padang becak bantu Negeri Sembilan benam Kelantan United 4-0
Perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selama sejam setengah berikutan air bertakung di atas permukaan padang susulan hujan lebat.
Nafuzi hargai persembahan pemain meskipun berdepan isu tunggakan gaji
Mohd Nafuzi merakamkan penghargaan kepada pemainnya yang mempamerkan persembahan meyakinkan dalam saingan Liga Super.
Selangor benam NS, Terengganu berpesta gol
Selangor mendominasi separuh masa pertama, namun hanya menjaringkan satu gol menerusi percubaan dari luar kotak penalti pada minit ke-27.
Selangor kutip tiga mata penuh, Sabah hukum Sri Pahang
Pada awal permainan, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan agak perlahan dengan beberapa percubaan berjaya dilakukan.
Sabah kembali raih tiga mata, Negeri Sembilan nyaris tumbang di laman sendiri
Selepas 15 perlawanan, Sabah di kedudukan kelima dengan 27 mata, sementara Kelantan United kekal di kedua tercorot dengan enam mata.
Cheng Hoe waspada taktikal Devan di Paroi
Pengendali The Red Giants, Tan Cheng Hoe tidak mahu pemain-pemain dibuai kemenangan lalu.
Liga Super: NSFC bangkit, tewaskan KL City 2-1
NSFC tampil dengan semangat baharu, menamatkan kemarau kemenangan selepas mencatat dua keputusan seri dalam saingan liga sebelum ini.
Negeri Sembilan FC perlu penyerang berkualiti untuk kekal kompetitif
Negeri Sembilan FC memerlukan penyerang berkualiti termasuk pemain import yang berupaya mencipta gol bagi membolehkan pasukan itu terus kekal kompetitif mengharungi Liga Super musim ini.
Liga Super: Negeri Sembilan terus buru penamat tiga teratas tewaskan Kedah
Matheus Alves terlebih dahulu membuka jaringan buat Negeri Sembilan menerusi rembatan jarak jauhnya pada minit ke-25.