awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 10 kes positif ujian saringan awal Bundesliga

Astro Arena
Astro Arena
05/05/2020
01:17 MYT
COVID-19: 10 kes positif ujian saringan awal Bundesliga
Beberapa pasukan termasuk Bayern Munich dilaporkan sudah kembali menjalani latihan di pangkalan kelab masing-masing sambil mengamalkan langkah-langkah penjarakan sosial.
LIGA Bola Sepak Jerman (DFL) melaporkan 10 kes positif wabak COVID-19 kepada Kementerian Kesihatan Jerman sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyambung kempen Bundesliga dan 2.Bundesliga.
Terdahulu, sejumlah pasukan termasuk juara bertahan, Bayern Munich, kembali menjalani latihan di pangkalan kelab masing-masing sambil mengamalkan langkah-langkah penjarakan sosial.
Sejak Khamis lalu, sebanyak 1,724 ujian saringan telah dilakukan ke atas 36 kelab dalam dua divisyen utama Jerman itu yang merangkumi sampel pemain, jurulatih dan kakitangan yang diuji di lima makmal.
Bagaimanapun, identiti individu atau kelab yang dikesan positif tidak akan didedahkan oleh DFL di sebalik Cologne mengesahkan tiga kes pandemik itu Sabtu lalu.
Dynamo Dresden kemudian mendedahkan salah seorang pemain mereka dikesan positif walaupun bebas gejala dan dia sudah pun diarahkan menjalani kuarantin selama dua minggu.
Ujian saringan kedua sedang dilakukan minggu ini sebelum latihan penuh pasukan dibenarkan.
Kebenaran itu memerlukan persetujuan pihak berkuasa tempatan dengan syarat dua sesi ujian saringan akan diteruskan setiap minggu.
"Ujian yang dilakukan sejak beberapa hari lalu telah mencapai matlamatnya dalam usaha meningkatkan keselamatan dan melindungi barisan pemain dengan sebaik mungkin daripada jangkitan wabak itu ketika latihan pasukan atau perlawanan," menurut DFL dalam satu kenyataan.
"Dalam beberapa minggu dan bulan akan datang, langkah ini akan diteruskan secara kekal dalam menerapkan langkah-langkah yang perlu dipatuhi kelab dan semua pihak berkaitan setiap hari.
"Sekiranya didapati positif, langkah-langkah yang harus diambil terletak di tangan pihak berkuasa kesihatan tempatan."
Cologne turut mendedahkan tiada keputusan positif dalam saringan kedua semalam.
Topic Berkaitan
#Bayern Munich
#Bundesliga
#COVID-19
#keselamatan
#Liga Bolasepak Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan