awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Sabtu ini
Projek Perolehan TDM: Bekas Panglima Tentera Darat masih jalani rawatan - Peguam
Spotify perkenal ciri Listening Activity, Request to Jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Olimpik bukan punca meskipun kes di Jepun lepasi 1 juta

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2021
23:12 MYT
COVID-19: Olimpik bukan punca meskipun kes di Jepun lepasi 1 juta
Acara temasya itu adalah bukti kepada dunia bahawa ia tidak mustahil untuk menganjurkan acara tanpa sebarang jangkitan wabak. - Foto fail/REUTERS
KETUA Pakar Kesihatan bebas bagi acara Olimpik, tetap menafikan bahawa peningkatan kes yang berlaku di Jepun adalah berpunca daripada penganjuran Olimpik 2020.
Ini kerana tiada sebarang bukti bahawa ada pertemuan di antara orang awam di Jepun dan mereka yang dalam gelembung Olimpik.
Brian Mccloskey menjelaskan, acara temasya itu adalah bukti kepada dunia bahawa ia tidak mustahil untuk menganjurkan acara tanpa sebarang jangkitan wabak.
Ia dengan menerapkan langkah-langkah kesihatan awam dan amalan penjarakan fizikal serta ujian pengesanan yang agresif.
BACA: COVID-19: PM Jepun nafi peningkatan kes disebabkan Olimpik Tokyo
Berkaitan pengesanan kes di perkampungan atlet di Tokyo, Mccloskey mendedahkan 105 kes telah disahkan, yang juga dilihat sebagai masih terkawal.
Kes positif COVID-19 di Jepun buat pertama kalinya melepasi angka satu juta pada Sabtu selepas 15,645 kes baharu disahkan.
Ia adalah kes tertinggi pernah direkodkan di negara matahari terbit itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan
#Jepun
#kes positif
#Olimpik
#Tokyo
#Brian McCloskey
#Sukan Olimpik Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan