Jabatan Pendidikan Pahang mengingatkan cuti peristiwa yang diumumkan kerajaan negeri tidak melibatkan calon dan petugas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) di negeri itu.
Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Pahang Razali Mohd berkata kesemua calon akan menduduki peperiksaan berkenaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
"Sebanyak 23,323 calon peperiksaan dan 554 calon persendirian SPM serta 2,615 calon STPM akan menduduki peperiksaan yang dijadualkan di 260 pusat pemeriksaan seluruh Pahang, esok," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Menurut beliau, banyak ibu bapa serta calon menelefon jabatan bagi mengetahui berkenaan cuti peristiwa yang diumumkan itu, termasuk calon persendirian yang kurang jelas mengenainya.
Katanya, sebanyak 18 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh Pahang untuk menempatkan 554 calon persendirian.
Selain itu katanya, tujuh calon akan menduduki peperiksaan di hospital dengan empat daripadanya di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan manakala selebihnya di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.
Kerajaan Pahang mengumumkan cuti peristiwa esok, sebagai menghargai kemenangan pasukan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2014, malam tadi.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob bagaimanapun berkata semua pegawai dan guru yang terlibat dengan peperiksaan SPM yang bermula Isnin hendaklah meneruskan tugas mereka seperti biasa.
Bernama
Sun Nov 02 2014
Sebanyak 18 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh Pahang untuk menempatkan 554 calon persendirian. - Foto Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Cuti peristiwa di Pahang tidak libatkan calon SPM, STPM
Jabatan Pendidikan Pahang mengingatkan cuti peristiwa yang diumumkan kerajaan negeri tidak melibatkan calon dan petugas peperiksaan SPM serta STPM.