TINDAKAN Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) melarang tiga persatuan negeri menyertai Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu pada 12 Februari depan masih menimbulkan tanda tanya.
Malah, Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Datuk Markiman Kobiran sekali lagi tampil mempersoalkan keputusan Ahli Majlis Tertinggi PSM yang tidak membenarkan 'penyertaan' tiga persatuan negeri itu dalam AGM berkenaan.“Saya nak tanya, larangan (menghadiri AGM) itu dibuat atas peruntukan mana dalam perlembagaan PSM sedangkan Selangor, Wilayah Persekutuan (Putrajaya) dan Sarawak tidak dibatalkan penyertaan atau digantung keahlian.
“Jadi sekali lagi saya tanya kepada pihak kepimpinan PSM, Selangor, Wilayah Persekutuan (Putrajaya) dan Sarawak ini dilarang atas peruntukan mana?
“Sudahlah black and white (perjanjian hitam putih) tak ada, ikut suka hati mereka... dah macam undang-undang rimba yang diguna pakai,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.
Pada Jumaat lalu, pemangku Presiden PSM Datuk Akramuddin Abdul Aziz memaklumkan calon Presiden PSM yang baharu hanya boleh terdiri daripada presiden persatuan negeri yang masih bernaung di bawah badan induk itu.
Kenyataan Akramuddin itu secara tidak langsung memberikan gambaran pintu buat wakil daripada tiga persatuan negeri - Selangor, Putrajaya dan Sarawak yang keluar daripada PSM untuk bergelar Presiden PSM yang baharu sudah tertutup rapat.
Untuk rekod, tiga persatuan negeri berkenaan mengumumkan untuk keluar daripada PSM kerana hilang kepercayaan terhadap badan induk itu berikutan penggantungan Presiden PSM (ketika itu), Datuk Seri Ahmad Ismail.
Ketiga-tiga persatuan negeri itu dilaporkan hilang kepercayaan terhadap Ahmad susulan kemelut yang melanda antara PSM dengan Persatuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).
Mengulas lanjut, Markiman turut mempersoalkan tindakan PSM yang didakwanya tidak mengemukakan sebarang surat pertuduhan, surat tunjuk sebab mahupun surat bicara bagi melarang ketiga-tiga persatuan berkenaan hadir pada AGM kali ini.
“Kami bukannya menunggu jemputan, cuma kami tanya... mengapa PSM tak nak jemput kami? Adakah kami ini digantung atau dibatalkan keahlian? Semuanya masih belum terjawab.
“Sekiranya kami digantung atau dibatalkan keahlian dalam PSM sekalipun, bolehkah kami dihalang atau tidak dibenarkan daripada menghadiri AGM bulan depan,” soalnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 11 2022
Markiman terus mempertikaikan tindakan PSM menjelang AGM badan induk itu pada 12 Februari depan. - Foto Sinar Harian
Polis Sarawak siap siaga tangani aspek keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata yakin anggotanya cukup bagi menangani aspek keselamatan sepanjang berlangsungnya SUKMA 2024 di Sarawak
Pemain bola sepak Sarawak diminta jaga keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata menasihati pemain dari negeri itu agar meningkatkan kewaspadaan susulan kes serangan dan jenayah membabitkan pemain bola sepak.
Kompleks latihan OKU kedua Sabah dibina di Sandakan
Dengan kos pembinaan RM3.2 juta ringgit, kompleks latihan yang sedang dalam pembinaan itu adalah yang kedua di Sabah selepasKompleks Latihan dan Pemulihan OKU Kimanis, Papar.
Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan MP - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang
Peruntukan RM1.41 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar Sabah
Peruntukan ini melibatkan 295 projek yang terdiri daripada 70 projek baharu dan 225 projek sambungan dengan kos keseluruhan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang berjumlah RM17.8 bilion.
Legasi besar Mutang Tagal untuk etnik Orang Ulu
Presiden Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) Kennedy Chukpai Ugon menyifatkan mendiang Datuk Mutang Tagal sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan banyak berjasa dalam menyatukan masyarakat Orang Ulu.
GPS, PBB dukacita atas pemergian Mutang Tagal
Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyifatkan Mendiang Datuk Mutang Tagak bukan sekadar rakan seperjuangan dalam politik tetapi juga kenalan rapat seluruh ahli keluarga.
DUN Sarawak bertafakur seminit peringati Mutang Tagal
Sebagai tanda penghormatan kepada Mendiang Datuk Muntang, Timbalan Speaker Datuk Idris Buang meminta seluruh ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk bertafakur selama satu minit.
Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000
Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas.
Pasang CCTV di tandas untuk aibkan rakan wanita, akauntan didenda RM4,500
Seorang akauntan didenda RM4,500 selepas mengaku mengaibkan kehormatan rakan sekerja wanitanya dengan memasang CCTV di tandas pejabat.
Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.
Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.
Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.