Kementerian Belia dan Sukan akan menyiasat dakwaan kehadiran sebilangan bookie semasa perlawanan Liga Perdana antara Kuala Lumpur dan Sime Darby FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendapat maklumat berhubung perkara itu sekiranya benar di samping tindakan yang akan diambil.
Katanya beliau akan berjumpa dengan polis untuk berbincang mengenai usaha membanteras aktiviti mengatur perlawanan dan pertaruhan haram oleh bookie bola sepak.
Khairy berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas perkara itu selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) Championship di Kelana Jaya dekat sini, hari ini.
Isu berkenaan menjadi bahan bualan di laman sosial Facebook dan Twitter, apabila keputusan perlawanan berkenaan dikatakan sama seperti yang diramalkan oleh sebilangan bookie yang hadir di stadium berkenaan.
Pada perlawanan itu, Sime Darby FC membelasah pasukan tuan rumah 5-0.
Khairy, yang memegang portfolio kementerian itu dalam barisan baharu Kabinet Persekutuan, Rabu lalu, berkata gejala rasuah dan perjudian dalam Liga Malaysia perlu dibanteras segera kerana ia boleh menghancurkan industri sukan negara.
"Saya pandang perkara ini (bookie perlawanan) serius sebab saya pernah jadi Timbalan Presiden FAM dan ia adalah satu masalah yang saya lihat masih menghantui sukan bola sepak dan pasukan tempatan.
"Pada saya, bookie dalam perlawanan bola sepak tempatan akan menimbulkan gejala rasuah di kalangan pemain dan pegawai," katanya.
Bernama
Sat May 18 2013
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Polis nafi serangan terhadap Faisal, Akhyar berkait 'bookie'
Polis menafikan dakwaan kononnya kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie).
Polis tahan 690 'bookie' sepanjang Piala Dunia Qatar
Polis menahan 690 individu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dan pertaruhan berkaitan kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.
Polis Pulau Pinang tahan 32 bookie Piala Dunia Qatar
Pihak polis merampas wang tunai RM64,873, 26 telefon bimbit termasuk kad SIM, sebuah komputer riba, seunit modem dan tujuh kertas catitan.
152 ditahan terlibat judi pertaruhan EURO 2020 - Bukit Aman
Polis menahan 152 individu yang disyaki menyertai kegiatan catit taruh haram sempena kejohanan UEFA EURO 2020 dalam Operasi Soga VIII dari 10 Jun hingga 21 Jun lepas.
Atur perlawanan: Tiga lelaki bebas dengan jaminan SPRM
Hasil siasatan SPRM sepanjang enam hari tempoh reman terhadap ketiga-tiga suspek mendapati, tiada bukti yang kukuh untuk menuduh mereka terlibat.
Reman bookie disambung, pemain dibebaskan
Reman terhadap seorang bookie disambung lima hari bermula esok bagi membantu siasatan rasuah berhubung isu mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana.
Bola sepak Malaysia 'bersih' - Bookie
"Pada masa ini, saya berpendapat bola sepak Malaysia berada di landasan yang betul dan sangat 'bersih'" menurut bookie warga Singapura yang kini dalam tahanan rumah, Wilson Raj Perumal.
Ops Dadu Kelong: Polis tumpaskan 18 bookie haram
Operasi itu turut menahan 51 individu dipercayai ejen judi lumba kuda berusia antara 19 dan 65 tahun.
Rasuah bola sepak kembali
Gejala rasuah bola sepak mengecewakan apabila hanya segelintir persatuan negeri yang komited dalam memeranginya.
Dakwaan kehadiran bookie di Stadium Kuala Lumpur disiasat
KBS akan menyiasat dakwaan kehadiran sebilangan bookie semasa perlawanan Liga Perdana antara Kuala Lumpur dan Sime Darby FC.