Datuk Jeffrey Low Hang Chow dilantik sebagai pengurus baharu pasukan bola sepak Kedah (KFA) bagi menggantikan Datuk Khazali Din yang memegang jawatan itu sejak 2009.
Presiden KFA Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Jeffrey dipilih menjadi pengurus pasukan Kenari kerana beliau adalah seorang yang berbakat dan mengetahui selok-belok dunia bola sepak.
"Datuk Jeffrey juga adalah exco FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Beliau adalah paling sesuai bagi mengisi jawatan itu. Sebab itu kita lantik beliau menguruskan pasukan kita," katanya ketika ditemui pemberita di luar Dewan Undangan Negeri di Alor Setar.
Beliau berkata KFA telah menyusun semula pasukan itu dengan membuat pelantikan baru ketua jurulatih, penolong jurulatih, jurulatih dan pemain bagi musim hadapan.
"Ketua jurulatih bagi pasukan kita ialah Marijo Tot, penolong jurulatih ialah Antonio Sissc dan Talib Saidi dilantik sebagai jurulatih," katanya.
Azizan berkata pemain baru yang akan menyarung jersi hijau kuning pada musim depan ialah Mohd Fariss Azlan Mat Isa dari Sabah, Hariri Mohd Safii (Terengganu), Zuraindey Jumai (Sabah), Wan Hossein Wan Abd Ghani (Perak), Arman Fareez Mohd Ali (Kuala Lumpur), Mohd Shahrul Ezrain Shamsuddin (T-Team) dan Chayene Medderiros Oliveiro Santos dari Brazil.
"Khyril Muhymeen masih kekal dengan pasukan kita dan daripada 21 pemain yang disenaraikan untuk musim depan, 14 daripadanya adalah anak Kedah.
"Kita dah buat pertimbangan dan kajian yang terbaik untuk pasukan kita dan kita harap pasukan ini adalah pasukan yang bagus untuk musim hadapan," katanya.
Beliau berkata untuk musim depan peruntukan bagi bola sepak mungkin akan meningkat sehingga RM400,000 sebulan dan sebagai kerajaan negeri, pihaknya akan memikirkan bagaimana untuk menambah dana tersebut.
"Kalau kita nak bergantung kepada kutipan tiket memang susah sedikit la sebab kutipan tiket kita akan dapat banyak kalau kita menang. Tapi kalau kita tak menang orang tak mai tengok kita lawan. Itu yang masalah," katanya.
Bernama
Thu Nov 22 2012
Pusat dialisis Perkeso di Pulau Pinang hujung tahun ini
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal membuka sebuah pusat dialisis di Pulau Pinang menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
AWANI Ringkas: Ada usaha kurangkan majoriti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Pulau Pinang umum pelan untuk Taman Reka Bentuk IC dan digital
Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pelannya untuk mewujudkan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan Digital.
PM Anwar hadir Mesyuarat Pembangunan Kedah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.
Piala Thomas: Gegaran sambutan tayangan skrin besar
Bersama Wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud di Putrajaya, Dataran Putrajaya, membuat liputan gegaran sambutan tayangan skrin besar Separuh Akhir Piala Thomas.
Polis tahan 28 lelaki bergaduh di Butterworth
Polis menahan 28 lelaki hari ini, dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Jalan Raja Uda di Butterworth pada Jumaat, seperti yang tular melalui media sosial.
KPDN terima 15,753 aduan pengguna setakat April - Fuziah
Sebanyak 15,753 aduan kepenggunaan diterima di seluruh negara, termasuk 7,711 aduan menerusi platform Aduan Suri KPDN.
Laporan cuaca melampau dan bencana negara
Cuaca panas di kawasan berikut: Padang Terap, Pasir Mas, Jeli, Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Besut, Setiu, Kuala Krai, Kota Marudu.
Tahap 1, tahap berjaga-jaga, suhu 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari.
Banjir di Johor, Kota Tinggi, 1 PPS, 22 keluarga, 88 mangsa.
Tahap 1, tahap berjaga-jaga, suhu 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari.
Banjir di Johor, Kota Tinggi, 1 PPS, 22 keluarga, 88 mangsa.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok
Tindakan suami menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan isteri dan anak sebelum maut selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok.
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
Polis kesan ‘Datuk’ kes penipuan lebih RM1 juta
Datuk palsu perdaya mangsa dengan tawaran perniagaan rakan kongsi yang tidak wujud.
Rasuah: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari
Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.
Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan - Setiausaha Akhbar
Salahuddin kini menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Kerajaan Perpaduan akan pastikan nasib pesawah terbela, pendapatan meningkat - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan akan memastikan nasib pesawah padi terbela dengan meningkatkan pendapatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga beranak melecur, kereta meletup dan terbakar
Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Alor Setar.