awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diawara tinggalkan pasukan Perancis kerana dilarang berpuasa

Sinar Harian
Sinar Harian
22/03/2024
04:36 MYT
Diawara tinggalkan pasukan Perancis kerana dilarang berpuasa
Diawara dilaporkan tidak selesa dengan peraturan baharu itu yang dikenakan kepada pasukan bawah 16 tahun hingga ke pasukan senior. - Foto X/EuroFoot
PEMAIN tengah, Mahamadou Diawara telah meninggalkan skuad bawah 19 tahun Perancis selepas Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) mengenakan peraturan baharu melarang pemain Islam berpuasa pada Ramadan ketika menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan.
Diawara dilaporkan tidak selesa dengan peraturan baharu itu yang dikenakan kepada pasukan bawah 16 tahun hingga ke pasukan senior.
Dia memutuskan untuk meninggalkan pasukan dan pulang ke kelabnya, Lyon.
FFF telah mengesahkan kembalinya Diawara ke kelabnya dan telah memanggil Dehmaine Tabibou Assoumani dari Nantes sebagai penggantinya.
Peraturan baharu FFF menyatakan pemain yang dipanggil oleh pasukan kebangsaan Perancis tidak boleh berpuasa sepanjang tempoh Ramadan, sebaliknya menegaskan pemain perlu mengikuti perancangan organisasi dan operasi pasukan.
"Sesetengah pemain tidak berpuas hati dengan keputusan ini.
"Mereka percaya bahawa agama mereka tidak dihormati dan mereka juga tidak dihormati.
"Ada yang tidak mahu menimbulkan kekecohan tetapi Mahamadou tidak berpuas hati dengan peraturan itu dan meninggalkan pasukan," kata seorang ejen yang mewakili beberapa pemain dalam beberapa pasukan belia dan senior Perancis kepada ESPN. - Sinar Harian
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Mahamadou Diawara
#FFF
#berpuasa
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan