awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Djokovic berdepan Alcaraz dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Wimbledon

Bernama
Bernama
15/07/2023
03:36 MYT
Djokovic berdepan Alcaraz dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Wimbledon
Novak Djokovic menewaskan Jannik Sinner pada Jumaat dalam straight set untuk layak ke final Wimbledon kali kesembilan. -AP
ISTANBUL: Perlawanan akhir perseorangan lelaki Wimbledon 2023 akan menyaksikan pertembungan antara pilihan utama Sepanyol Carlos Alcaraz dan juara Grand Slam 23 kali Novak Djokovic dari Serbia pada Ahad.
Novak Djokovic, 36, menewaskan Jannik Sinner pada Jumaat dalam straight set untuk layak ke final Wimbledon kali kesembilan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Bintang Serbia itu memenangi perlawanan separuh akhir dengan 6-3, 6-4, dan 7-6 di Gelanggang Pusat London.
Djokovic akan menentang pemain Sepanyol Carlos Alcaraz, 20, yang mara ke peringkat akhir Wimbledon pertamanya selepas menewaskan pilihan ketiga dari Russia, Daniil Medvedev 6-3, 6-3, 6-3 dalam perlawanan separuh akhir Jumaat.
Djokovic telah memenangi Wimbledon tujuh kali dalam karier gemilangnya, kali terakhir pada 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wimbledon 2023
#Novak Djokovic
#Jannik Sinner
#Carlos Alcaraz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan