Subri Kader berharap rakyat Malaysia terus mendoakan supaya anaknya, Mohd Faiz mampu mengharumkan nama negara dengan meraih Anugerah Puskas FIFA untuk gol tercantik di dunia.
"Mudah-mudahan dengan izin Allah serta berkat doa semua peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan, harapan itu dapat direalisasikan," kata Subri ketika dihubungi Bernama.
Beliau berharap peristiwa itu sedikit sebanyak boleh menjadi suntikan semangat untuk rakyat Malaysia agar terus mencipta nama di persada antarabangsa.
Walaupun tidak dapat mengikuti Mohd Faiz ke Zurich, Switzerland untuk majlis anugerah itu, Subri berkata beliau yang menetap di Ayer Hitam, Kedah akan menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hari ini.
"Pak cik akan mengikuti siaran langsung majlis anugerah itu di televisyen," katanya.
Menyentuh mengenai jaringan gol anaknya itu, Subri menyifatkan ia adalah hasil penat lelah Mohd Faiz sendiri yang sentiasa berusaha tanpa jemu.
Jaringan yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu dilakukan Mohd Faiz ketika membantu skuad Harimau Kumbang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Feb tahun lepas.
Dua lagi calon bagi anugerah itu ialah Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2017
Subri, 64, menunjukkan beberapa anugerah yang pernah dimenangi anaknya Faiz Subri,29, sepanjang karier bermain bola sepak hingga tercalon antara tiga yang terbaik bagi Anugerah Puskas anjuran FIFA 2016. - Foto Bernama
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
PM ingatkan tidak buat tohmahan, fitnah sesuka hati
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan pihak-pihak ini untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
Gol Pawi bukan biasa-biasa
Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.
FIFA umum senarai finalis untuk anugerah pemain terbaik 2022
Karim Benzema, Lionel Messi dan Kylian Mbappe disahkan sebagai calon untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik 2022.
Nasib baik saya ambil sepakan itu - Tae-su
Gol gemilang pemain import dari Korea Selatan itu mencuri perhatian dunia sehingga ia turut dikongsikan FIFA dalam satu ciapan Twitter.
FAM calonkan gol Syahmi ke Anugerah Puskas FIFA 2019
FAM akan menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi mencadangkan gol jaringan pemain berusia 21 itu dapat tersenarai sebagai salah satu calon anugerah berkenaan.
Kerajaan Pulau Pinang akan beri ganjaran kepada Mohd Faiz - Guan Eng
Kerajaan Pulau Pinang akan memberi ganjaran kepada Mohd Faiz Subri selepas beliau dinobat sebagai pemenang anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumum awal pagi tadi.
Kejayaan Faiz Subri jadi 'panadol' kepada prestasi bola sepak negara - Annuar Musa
Annuar Musa berharap kejayaan penyerang Pulau Pinang itu juga dapat menjadi suntikan semangat kepada pemain bola sepak tempatan lain.
Harap FIFA benar Faiz pakai pakaian tradisional Melayu pada majlis Anugerah Puskas - ISMMA
ISMMA berharap calon Anugerah Puskas, Mohd Faiz Subri dibenarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk memakai pakaian tradisional Melayu.
Pemenang Anugerah Puskas bersara daripada bola sepak untuk jadi 'gamer'
Wendell Lira ambil keputusan bersara pada usia 27 tahun, dan fokus untuk mencapai cita-cita baharunya sebagai 'gamer'.
Tiada jaminan buat gol sensasi Faiz Subri - FIFA
Badan dunia itu mengesahkan bahawa gol Faiz itu masih ada peluang untuk disenaraikan dalam 10 calon terakhir bagi anugerah berprestij jaringan gol terbaik dunia.
FAM akan calonkan 'jaringan ajaib' Faiz Subri bagi anugerah Puskas FIFA - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau difahamkan FAM akan membuat pencalonan itu kepada FIFA minggu depan.