Penunggang Itali, Andrea Dovizioso meraih petak pertama untuk kali kedua musim ini selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan MotoGP di Grand Prix Motosikal Malaysia, di sini hari ini.
Dovizioso, 30, mencatat dua minit 11.485 saat dalam keadaan lembap di Litar Antarabangsa Sepang, di hadapan dua penunggang Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi dari Itali dan pelumba Sepanyol, Jorge Lorenzo, yang masing-masing mendapat petak kedua dan ketiga dengan catatan 2:11.731s dan 2:11.787s.
Juara dunia, Marc Marquez dari Sepanyol yang mewakili Repsol Honda Team akan bermula di petak keempat untuk perlumbaan esok selepas mencatat 2:11.874s.
Sebagai rekod, Dovizioso meraih petak pertamanya dalam perlumbaan pusingan kelapan Kejohanan MotoGP Dunia di Litar Assen, Belanda pada Jun lepas.
Dovizioso gembira dengan strategi pasukannya menukar tayar belakang berjalan lancar dan berharap akan mendapat keputusan yang lebih baik dalam perlumbaan esok.
"Keadaan litar agak sukar diramal tetapi saya gembira mendapat petak pertama.
"Selepas satu pusingan, saya memutuskan kembali ke paddock untuk menukar tayar belakang dari jenis lembut kepada keras kerana agak bergelut dengan tayar lembut di litar...ia jelas banyak membantu saya," kata Dovizioso.
Rossi juga gembira dapat melakukan catatan kedua terbaik selepas memperbaiki masanya berbanding ketika sesi latihan bebas 4 yang beliau sekadar mencatat 2:12.602s.
"Catatan kedua terbaik adalah cukup baik untuk saya berbanding sesi latihan bebas 4 selepas kru teknikal melakukan perubahan besar pada pelarasan enjin," kata juara dunia sembilan kali MotoGP itu. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2016
Dovizioso gembira dengan strategi pasukannya menukar tayar belakang berjalan lancar dan berharap akan mendapat keputusan yang lebih baik dalam perlumbaan esok. - fotoBERNAMA
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Marquez sasar penyudah podium di Sepang
Pelumba Sepanyol berusia 25 tahun itu tidak sabar untuk menambah koleksi podium di litar yang beliau dan Honda harungi ujian pramusim dengan penuh lancar.
Dovizioso raih kemenangan pertama dalam MotoGP musim ini
Ia merupakan kemenangan sulung sejak 2009 bagi pelumba Itali yang mewakili pasukan Ducati itu
Dovizioso rangkul kejuaraan MotoGP Grand Prix Motosikal M'sia
Berada di tempat kedua dan ketiga adalah dua penunggang Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo.
Dovizioso raih petak pertama MotoGP kali kedua musim ini
Dovizioso, 30, mencatat dua minit 11.485 saat dalam keadaan lembap di Litar Antarabangsa Sepang, di hadapan dua penunggang Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo.
GP Motosikal Malaysia: Andrea Dovizioso rampas petak pertama MotoGP
Penunggang Itali, Andrea Dovizioso akan memulakan perlumbaan kelas MotoGP dari petak pertama esok.
Litar basah bukan masalah buat Rossi
Legenda MotoGP dunia, Valentino Rossi mempamerkan tunggangan mantap di atas litar basah untuk menjuarai GP Silverstone.