KUALA LUMPUR: Pemegang Phd kejuruteraan elektrik Dr Yew Weng Kean menjuarai kejohanan E-Sukan Belia Antarabangsa di Kazan, Rusia, semalam apabila meraih pingat emas dalam acara Hearthstone.
Yew yang berusia 32 tahun, mempamerkan gaya permainan yang hebat untuk menewaskan Saad Andaleeb dari Bangladesh, 3-0.
"Saya rasa luar biasa untuk kemenangan ini dan amat berpuas hati dengan aksi saya. Ia juga memberikan saya persediaan yang baik untuk menghadapi Sukan Asia tidak lama lagi kerana beberapa peserta di sini juga akan turut terlibat di sana.
"Sangat berterima kasih atas peluang yang diberikan untuk mewakili Malaysia dan dengan kemenangan ini, kita boleh mengibarkan bendera kita kalangan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)," katanya menerusi aplikasi WhatsApp.
Yew - lebih dikenali dengan nama wkyew90 dalam dunia e-sukan - membawa pulang satu emas melalui acara yang sama, apabila e-sukan pertama kali diperkenalkan sebagai acara kompetitif di Sukan SEA 2019 di Manila.
Pada masa yang sama, pasukan negara turut meraih pingat gangsa dalam acara Dota2 menerusi pasukan Myth Avenue Gaming yang dibarisi Gan Hou Sing, Muhammad Nur Alif Alias, Chan Kok Khin, Ng Wei Poong dan Chong Kin Kit, selepas pasukan tuan rumah (Persekutuan Rusia) memenangi emas dan Kazakhstan merangkul perak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022
Yew yang berusia 32 tahun, mempamerkan gaya permainan yang hebat untuk menewaskan Saad Andaleeb dari Bangladesh, 3-0. - BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Dr Yew rangkul pingat emas e-sukan di Kazan
Pemegang Phd kejuruteraan elektrik Dr Yew Weng Kean menjuarai kejohanan E-Sukan Belia Antarabangsa di Kazan, Rusia, semalam apabila meraih pingat emas dalam acara Hearthstone.