awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua atlet angkat berat sah guna methylhexanamine

Bernama
Bernama
18/10/2018
13:50 MYT
Dua atlet angkat berat sah guna methylhexanamine
Keputusan ujian doping dua atlet berkenaan turut dimaklumkan kepada Jawatankuasa Penganjur Sukma Perak, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri serta Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM). - Gambar hiasan
Dua atlet angkat berat yang gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak bulan lepas, disahkan mengambil bahan terlarang methylhexanamine.
Pengarah Adamas, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata bahan terlarang itu biasanya digunakan untuk meningkatkan prestasi terutama sewaktu menyertai mana-mana pertandingan, dan atlet berkenaan mungkin mengambil suplemen yang mengandungi bahan terlarang itu sewaktu menyertai Sukma Perak, bulan lepas.
"Hasil ujian makmal yang dijalankan ke atas sampel dua atlet berkenaan yang mendapat pengiktirafan Agensi Anti-Doping Dunia (Wada) di New Delhi, baru-baru ini memang mendapati sampel mereka positif penggunaan bahan berkenaan," katanya kepada Bernama, hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Ramlan yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara berkata keputusan ujian doping dua atlet berkenaan turut dimaklumkan kepada Jawatankuasa Penganjur Sukma Perak, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri serta Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM).
Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa dua atlet angkat berat yang dipercayai dari negeri Pantai Timur gagal dalam ujian doping yang dijalankan Adamas pada Sukma Perak, namun beliau tidak mendedahkan nama dua atlet berkenaan, yang merupakan pemenang pingat.
Topic Berkaitan
#ADAMAS
#Agensi Anti-Doping Dunia
#Agensi Anti-Doping Malaysia
#Malaysia
#New Delhi
#Pantai Timur
#Ramlan Abdul Aziz
#Sukan Malaysia
#SUKMA
#WADA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan