awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua bekas raja pecut Sukan SEA "lolos" ke final

Bernama
Bernama
12/05/2023
04:20 MYT
Dua bekas raja pecut Sukan SEA "lolos" ke final
Muhammad Haiqal Hanafi (kiri) dan Khairul Hafiz Jantan berjaya melayakkan diri ke saingan akhir 100 meter (m) lelaki. - Fail
PHNOM PENH: Dua bekas raja pecut Sukan SEA, Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan berjaya melayakkan diri ke saingan akhir 100 meter (m) lelaki edisi 2023 di sini, hari ini.
Pada aksi saringan di Stadium Nasional Morodok Techo, Muhammad Haiqal Hanafi yang memenangi emas edisi 2019 di Manila, Filipina, muncul pelari terpantas bagi saringan pertama acara riben biru itu dengan catatan 10.47 saat (s).
Juara edisi 2017 di Kuala Lumpur, Khairul Hafiz pula unggul menguasai saringan kedua dengan menduduki tempat pertama menerusi catatan 10.37s.
Bagi kategori wanita, dua pelari pecut kebangsaan iaitu pemenang perak edisi 2017, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Nur Aishah Rofina Aling turut menempah tiket final dijadual berlangsung petang ini.
Zaidatul Husniah menduduki tempat ketiga dengan catatan 11.69s pada saringan pertama manakala Nur Aishah Rofina, yang membuat penampilan pertama pada temasya sukan dwitahunan itu, merekodkan masa 12.04s, juga di tempat ketiga dalam saringan kedua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Haiqal Hanafi
#Sukan SEA
#Khairul Hafiz Jantan
#100 meter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan