awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
Sangka ikan besar di Sungai Kelantan, rupanya wanita hampir lemas
Doktor ditahan disyaki bunuh isteri dan anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua gol lagi dicetak Haaland bersama Dortmund

Astro Arena
Astro Arena
25/01/2020
01:12 MYT
Dua gol lagi dicetak Haaland bersama Dortmund
Erling Braut Haaland meraikan kejayaan menjaringkan gol keempat pasukannya bersama Jadon Sancho dalam perlawanan Bundesliga antara Borussia Dortmund dan FC Cologne di Signal Iduna Park, Dortmund, Jerman, 24 Jan, 2020. REUTERS
DORTMUND 5 COLOGNE 1
Permulaan cemerlang Erling Haaland bersama Borussia Dortmund diteruskan awal pagi tadi apabila meledak dua gol ketika hadir sebagai pemain gantian untuk mengatasi Cologne 5-1.
Pemain berusia 19 tahun itu meledak hatrik dalam penampilan sulungnya berdepan Augsburg selepas diperkenalkan pada minit ke-56, selepas berhijrah dari Salzburg bulan ini.
Pemain kebangsaan Norway itu mengulangi persembahan yang sama apabila sekali lagi hadir ke dalam perlawanan sebagai pemain gantian -- 25 minit sebelum tamat perlawanan -- dan telah berjaya mencetak lima gol dalam tempoh satu jam menyarung jersi Dortmund.
Skuad kendalian Lucien Favre itu telah mendahului 3-1 sebelum Haaland diperkenalkan -- hasil jaringan yang diledak oleh Raphael Guerreiro, Marco Reus dan Jadon Sancho, sementara Mark Uth menjaringkan gol buat pelawat.
Haaland pantas menyudahkan bola muntah apabila penjaga gol, TImo Horn gagal kemas menolak keluar percubaan Sancho sebelum melengkapkan kemenangan pasukan pada minit ke-87.
Dortmund kini empat mata di belakang RB Leipzig, yang mendahului saingan Bundesliga.
Topic Berkaitan
#Borussia Dortmund
#Bundesliga
#Cologne
#Erling Haaland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan