Selepas tewas berturut-turut dalam dua perlawanan sebelum ini, skuad hoki lelaki negara akhirnya berjaya mencatat kemenangan 4-2 ke atas pasukan nombor sembilan dunia, New Zealand dalam perlawanan ujian terakhir di Stadium Hoki Nasional di sini, Khamis.
Dua gol padang menerusi Faizal Saari dan Nik Aiman Nik Rozemi pada suku keempat menyaksikan pasukan bimbingan Roelant Oltmans itu meraih kemenangan penting sebelum kempen Piala Dunia 2018 di Bhubasneswar, India, selepas tumpas 1-2 dan 3-4 kepada pasukan sama dalam dua pertemuan lepas.
Pasukan 'Speedy Tigers' terlebih dahulu berada di hadapan pada minit kedua menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim sebelum New Zealand menyamakan kedudukan lapan minit kemudian melalui pukulan sudut penalti Kane Russell.
Pada suku kedua, jaringan gol padang Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil kembali meletakkan Malaysia di hadapan dan benteng pertahanan kental ditampilkan skuad negara menyaksikan kedudukan 2-1 itu kekal menuju ke suku ketiga perlawanan.
Skuad 'Black Stick' bangkit bertenaga di suku keempat dan berjaya menjaringkan gol kedua menerusi gol padang George Muir pada minit ke-46, namun tiga minit kemudian Faizal Saari menyumbat masuk gol ketiga Malaysia sebelum jaringan gol padang Nik Aiman (minit ke-56) memastikan kemenangan 4-2 kepada pasukan tuan rumah.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Oltmans memuji aksi dan usaha anak buahnya yang berjaya mengurangkan kesilapan seperti dilakukan pada dua perlawanan sebelum ini.
"Benteng pertahanan kita beraksi dengan sangat baik...kita tidak benarkan mereka mencipta banyak peluang dan pada masa sama kita memperoleh banyak peluang untuk menjaringkan gol.
"Secara keseluruhan perlawanan hari ini jauh lebih baik berbanding dua aksi sebelum ini. Saya berpuas hati dengan kemajuan ditunjukkan dalam perlawanan ujian ini. Banyak peningkatan dipamerkan pemain sebelum menghadapi Piala Dunia, dan ia aksi sangat menarik berdepan pasukan seperti New Zealand," katanya.
Malaysia dijangka berdepan tugas sukar pada kempen Piala Dunia 2018 yang dijadual dari 28 Nov hingga 16 Dis, setelah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama tiga bekas juara dunia - Pakistan, Belanda dan Jerman.
Dalam saingan Piala Dunia sebelum ini di The Hague, Belanda pada 2014, Malaysia menamatkan cabaran di kedudukan tercorot daripada 12 pasukan yang bersaing di kejohanan berkenaan. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 22 2018

Pemain Malaysia Faiz Jali (kanan) menghalang pemain New Zealand Jenness Stephen dari membuat hantaran ke dalam kotak D pada perlawanan persahabatan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Khamis. - BERNAMA

ASEAN komited realisasikan ADM 2025
Ia bakal menjadi kerangka hala tuju dalam mendukung aspirasi digital dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam membangunkan sektor digital ASEAN.

Isu air: Masalah di 22 loji rawatan air akan diselesaikan
Beberapa langkah awal akan diambil untuk menyelesaikan masalah di 22 loji rawatan air di negeri Sabah untuk memastikan pendudukan mendapat bekalan air bersih.

Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat sediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan
Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan jika pelan pelaburan yang telah dirangka dapat dijayakan.

Terputus hubungan | 2,000 beg makanan dihantar ke kampung Orang Asli
Meskipun banjir musim tengkujuh sudah surut di kebanyakan lokasi di Malaysia, impaknya masih dirasai di sesetengah tempat sehingga ke hari ini. Di Gua Musang, Kelantan, sebanyak 2,000 beg makanan terpaksa dihantar kepada 437 keluarga Orang Asli menggunakan helikopter tentera, kerana kampung mereka masih terputus hubungan dengan dunia luar akibat jalan raya yang dinaiki air.

COVID-19 | Tun Dr Mahathir harap jangkitan dapat dikurangkan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar pakar kesihatan dapat mencari jalan dan amalan terbaik untuk mengurangkan jumlah jangkitan dalam kalangan masyarakat. Berkongsi pengalaman di dalam entri terbaharunya di Chedet.CC, Dr Mahathir berkata salah seorang daripada ahli keluarganya didapati positif COVID-19.

Permintaan terhadap ujian saringan COVID-19 meningkat - MMA
Sejak gelombang ketiga COVID-19 melanda Malaysia semakin ramai melakukan ujian saringan walaupun mereka tidak bergejala mahupun bukan kontak rapat kepada kes positif.

COVID-19: 229 kes positif baharu, angka tertinggi di Sarawak setakat ini
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan 229 kes positif COVID-19 sekali gus menjadikan angka ini sebagai kes tertinggi di negeri itu setakat ini.

Badminton Terbuka Thailand: Satu mata pisahkan Peng Soon-Liu Ying ke separuh akhir
Mereka seharusnya menyalahkan diri sendiri biarpun tiga kali berpeluang menamatkan perjuangan lawan dari India itu.

Op Benteng: 24 PATI ditahan, 17 kenderaan darat dirampas - Ismail Sabri
Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng di sempadan negara pada Khamis.

COVID-19: Hukum ditetapkan selaras pandangan tokoh ilmuwan Islam dunia - Zulkifli
Hukum penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam dalam negara, adalah selaras dengan pandangan tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan institusi-institusi fatwa dunia.

Dua gol lewat beri Malaysia kemenangan 4-2 ke atas New Zealand
Skuad hoki lelaki negara akhirnya berjaya mencatat kemenangan ke atas New Zealand dalam perlawanan ujian terakhir di Stadium Hoki Nasional pada Khamis.