awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua jaringan Kipre bantu Penang FC kejutkan TFC di laman sendiri

Bernama
Bernama
03/01/2026
21:45 MYT
Dua jaringan Kipre bantu Penang FC kejutkan TFC di laman sendiri
Pemain Terengganu FC, Muhammad Akhyar Rashid (kanan) diasak pemain Penang FC, Danilo Sipovac pada perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Terengganu FC (TFC) terpaksa akur gagal mengutip tiga mata di laman sendiri selepas dikejutkan Penang FC 0-2 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kuala Nerus, malam ini.
Pada babak pertama, pasukan tuan rumah terlebih dahulu menguji gawang lawan menerusi percubaan tetapi tandukan Danilo Sipovac sedikit tersasar melepasi palang gol.
Skuad Penyu sekali lagi hampir memecah kebuntuan menjelang rehat apabila pemain tengah import, Jose Porteria, menerima umpanan cantik Tchetche Kipre pada minit ke-43, namun percubaannya turut gagal menembusi gawang lawan.
Bagaimanapun, Kipre menebus kekecewaan itu dengan muncul wira pasukan pelawat apabila meledak gol pembukaan Penang FC pada minit ke-69, sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-89 untuk mengesahkan kemenangan 2-0.
Selepas 13 perlawanan, TFC kekal di kedudukan kelima dengan mengumpul 18 mata sementara Penang naik satu anak tangga di tempat ke-10 dengan 11 mata.
Dalam satu lagi perlawanan, DPMM FC menewaskan pasukan tercorot liga PDRM FC 3-1 pada pertembungan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, Brunei.
Muhammad Hakeme Yazid Said muncul wira tuan rumah dengan dua gol masing-masing pada minit ke-46 dan ke-89, manakala satu lagi jaringan disumbangkan Jordan Murray pada minit ke-63.
Gol tunggal PDRM FC pula dijaringkan Fakhrul Azim pada minit ke-85.
DPMM mengumpul 17 mata di tempat ketujuh, manakala PDRM yangmerekod sembilan kekalahan, satu kemenangan dan tiga keputusan seri kekal di tangga tercorot dengan enam mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Terengganu FC
#Penang FC
#Tchetche Kipre
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan