awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lokasi perkampungan Sukma 2020 Johor dikenal pasti

Bernama
Bernama
18/10/2018
06:16 MYT
Dua lokasi perkampungan Sukma 2020 Johor dikenal pasti
Dua lokasi berkenaan ialah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat dan juga Hub Pendidikan di Pagoh, Muar. - fotoBERNAM
Dua lokasi telah dikenal pasti untuk menjadi perkampungan sukan bagi para atlet dan juga pegawai bagi enam acara Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20, yang bakal diadakan di negeri ini pada tahun 2020.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, dua lokasi berkenaan ialah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat dan juga Hub Pendidikan di Pagoh, Muar.
Katanya, dianggarkan seramai 5,000 atlet dan juga pegawai akan berkampung di situ bagi acara sukan lumba basikal lebuh raya, angkat berat, kayak di Pagoh manakala di UTHM Batu Pahat pula membabitkan hoki wanita, silat dan menembak.
"Kita di kerajaan negeri menyediakan kira-kira 3,000 penempatan di UTHM Batu Pahat dan selebihnya di UTHM Pagoh (Hab Pendidikan Pagoh), yang kedua-dua lokasi berkenaan mampu memberikan keselesaan kepada atlet dan pegawai SUKMA nanti.
"Dalam masa yang sama bagi acara yang dilaksanakan di Johor Bahru pula, kita akan menjadikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai sebagai perkampungan sukan, cuma kini jumlah penempatan yang sebenar masih dalam perbincangan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan perarakan Town and Gown UTHM bersempena Pesta Konvokesyen UTHM ke-18, yang turut dihadiri oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Dr. Wahid Razzaly, lewat malam tadi.
Menurut Mohd Khuzzan, ketika SUKMA berkenaan pihaknya juga akan memastikan yang para atlet dan pegawai tidak mempunyai masalah ketika perjalanan masing-masing ke venue pertandingan.
Katanya, pihaknya kini akan cuba menyelesaikan beberapa acara sukan yang lokasinya agak jauh daripada penginapan seperti beberapa acara yang bakal diadakan di Pasir Gudang tetapi mereka menginap di UTM, Skudai.
"Saya yakin walaupun jauh antara lokasi penginapan dengan vanue pertandingan, ia akan dapat diselesaikan sekiranya pelbagai pihak memberikan kerjasama yang sebaiknya," katanya.
Topic Berkaitan
#Belia
#hoki
#Mohd Khuzzan Abu Bakar
#sukan
#Sukan Malaysia
#SUKMA
#Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan