E-Sukan mampu beri impak positif dalam mengukuhkan lagi sektor pelancongan negara, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata pertandingan Dota 2 (The Kuala Lumpur Major) yang berjaya menarik minat ribuan peminat E-sukan tempatan dan luar negara, mencerminkan daya tarikan yang ada pada sukan berasaskan permainan video itu.
"Kalau dilihat ramai (peminat) yang datang bukan dari Malaysia. Ia boleh meningkatkan kunjungan pelancong ke Malaysia, dan pada masa sama mempromosi negara, menarik minat khususnya golongan anak muda di ASEAN.
"Mereka (golongan muda ASEAN) merupakan komuniti yang kita nak tarik supaya mereka lebih kenal Malaysia dan ingin datang ke sini banyak kali," katanya ketika ditemui pemberita selepas meluangkan masa meninjau pameran di The KL Major di sini, pada Jumaat.
Syed Saddiq turut memberi bayangan pertandingan e-sukan akan terus dianjurkan di negara pada masa hadapan.
"Ini kali pertama dan saya rasa ia bukan kali terakhir. Kita nak bawa lagi banyak pertandingan e-sukan peringkat antarabangsa di Malaysia kerana ia dapat menarik minat bukan sahaja penyertaan rakyat Malaysia tetapi dari luar negara," katanya.
Sementara itu, menyentuh mengenai pembangunan e-sukan negara, beliau menegaskan kerajaan komited dalam memastikan e-sukan tidak terpinggir dan terus diberikan perhatian dengan beberapa pelan yang telah dirangka.
Beliau menggariskan tiga perkara utama yang dititikberatkan dalam merangka pelan pembangunannya iaitu memperkasa Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM), menjalin hubungan strategik dengan syarikat berasaskan permainan video dan mewujudkan liga e-sukan bermula dari peringkat bawah.
The KL Major yang merupakan pertandingan e-sukan antarabangaa yang julung kali dianjurkan di Malaysia berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$1 juta (RM4.1 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 16 2018
E-Sukan mampu beri impak positif dalam mengukuhkan lagi sektor pelancongan negara. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
ESI rancang jadikan Malaysia hab kejohanan e-sukan dunia
Ia antara usaha berdasarkan rangka tindakan e-sukan negara bagi menjadikan Malaysia mempunyai fasiliti terbaik sukan itu.
MLBB sah dipertandingkan di Sukan SEA 2025 Thailand
Permainan sukan elektronik (e-sukan) Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) telah disahkan sebagai acara pingat di Sukan SEA 2025 di Thailand.
SRG pertahan kejuaraan MPL musim ke-14
Selangor Red Giants pertahan gelaran juara Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) (MPL) Malaysia Musim ke-14 selepas menewaskan Vamos 4-2.
Suntikan RM20 juta dalam belanjawan beri semangat baharu perkasa e-sukan
Peruntukan RM20 juta menerusi Belanjawan 2025 dijangka dapat memperkasakan lagi pembangunan e-sukan secara menyeluruh termasuk menjayakan pembinaan sebuah stadium khusus untuk sukan itu.
Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid
Latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan seorang atlet e-sukan semata-mata, tetapi juga sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.
Kerajaan nantikan lebih banyak pasukan e-sukan raih pengiktirafan dunia
Kerajaan MADANI menyokong penuh pembangunan industri e-sukan yang terus berkembang pesat dan menantikan kemunculan lebih banyak pasukan e-sukan yang mampu bersaing hebat serta meraih pengiktirafan.
'Honor of Kings' bawakan pek bahasa Melayu bersama dialek negeri, 'skin' karakter silat
Wira-wira bertutur dalam dialek negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, dan Sarawak.
"Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB"
Pemain MLBB yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants, Sekyss berkongsi perancangannya selepas beliau dan pasukan menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024, malam tadi.
SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital
Sebagai Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan, Zahid berjanji memberi komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital ini.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
SRG tamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia dengan muncul juara pada aksi Grand Final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi.