KUALA LUMPUR: Jaguh pemain e-sukan FIFA yang baharu sahaja dibawa masuk ke Team Haq Esports Club, Moehamad Zulisar "Chanks" telah selamat tiba di Malaysia, pada Jumaat.
Chanks dijadualkan akan bermula sesi latihan penuh bersama rakan pasukannya yang lain sebaik sahaja menamatkan tempoh kuarantinnya.
Chanks akan berada dalam tempoh kuarantin selama 10 hari dan dia diletakkan di pusat kuarantin Hotel PJ Hilton.
Chanks juga turut akan mempersiapkan diri untuk kejohanan antarabangsa pertama bersama Team Haq, iaitu kejohanan FIFA Global Series Qualifier 1 yang dijadualkan berlangsung pada 27 November nanti.
Ketua Pegawai Eksekutif THQ, Muhammad Aimanulhaq Zaharuddin melahirkan rasa kesyukuran atas kelancaran perjalanan Chanks ke Malaysia.
"Saya berharap semoga Chanks akan cepat membiasakan diri dalam persekitaran yang baharu.
"Saya percaya persiapan untuk kejohanan pertama beliau tidak akan terjejas walaupun akan memulakan latihan di pusat kuarantin buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Team Haq akan menyertai tiga kejohanan utama pada tahun ini iaitu FIFA Global Series, Singapore Open dan FIFAe Club Series.
Terdahulu, Chanks yang pernah menjuarai ePiala Indonesia 2021 dan menjadi rebutan kelab-kelab e-sukan tempatan dan antarabangsa, memilih THQ sebagai pasukan baharu dengan keyakinan dapat mengembangkan lagi kerjaya beliau dalam industri ini.
Chanks menyinar dalam industri e-sukan itu apabila beliau mencipta nama dengan pernah mewakili pasukan Persikabo pada musim lepas.
Selain itu, beliau berjaya menjadi tunjang utama membawa Indonesia ke kejohanan utama FIFAe Nation Cup, dengan membawa pulang hadiah bernilai Rp50 juta (RM14,727.87).
Afiezy Azaman
Sat Nov 13 2021
Moehamad Zulisar 'Chanks' telah selamat tiba di Malaysia jam 10 malam pada Jumaat. - Foto Team Haq Esports Club
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
E-Sukan: Superstar FIFA Chanks tiba di Malaysia, mula latihan selepas kuarantin
Chanks akan persiapkan diri untuk kejohanan antarabangsa pertama bersama Team Haq, iaitu kejohanan FIFA Global Series Qualifier 1.
Superstar FIFA 'Chanks' kini milik Team Haq Esports, bakal tiba di Malaysia awal November
Chanks memilih THQ sebagai pasukan baharu dengan keyakinan dapat mengembangkan lagi kerjaya beliau dalam industri ini.