awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ee Wei anggap dirinya bernasib baik, kaca tidak terkena kepala

Astro Arena
Astro Arena
27/09/2024
03:00 MYT
Ee Wei anggap dirinya bernasib baik, kaca tidak terkena kepala
Ee Wei bernasib baik kerana kecederaan itu adalah pada lengan kirinya dan bukannya tangan digunakan untuk bermain. - Stadium Astro
PEMAIN beregu campuran negara, Toh Ee Wei, mengganggap dirinya bernasib baik terlepas daripada kecederaan yang lebih serius susulan memerlukan rawatan 16 jahitan semalam.
Ee Wei yang menjangkau usia 24 tahun Khamis lalu memerlukan 16 jahitan berikutan kecederaan dialami akibat terkena serpihan kaca selepas dia tergelincir ketika memegang dumbel dalam kejadian 3.30 petang itu.
Pemain yang bergandingan bersama Chen Tang Jie dijangka terlepas aksi Terbuka Artic di Finland dari 8-13 Oktober selepas kemalangan tak diduga di gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini Selasa lalu.
Bagaimanapun, Ee Wei bernasib baik kerana kecederaan itu adalah pada lengan kirinya dan bukannya tangan digunakan untuk bermain.
"Saya masih boleh menganggap diri saya bernasib baik kerana kaca itu tidak mengenai kepala saya atau tangan untuk bermain, jika tidak ia boleh jadi cerita yang lain. Walau bagaimanapun, saya masih mengalami koyak otot belakang tahap dua.
"Saya kemudiannya dikejarkan ke hospital oleh salah seorang ahli fisioterapi di ABM selepas diberitahu kami perlu menunggu lebih lama untuk ambulans," kata Ee Wei yang kini berehat di kampung halamannya di Bachang, Melaka. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#toh ee wei
#kecederaan
#jahitan
#Terbuka Artic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan