awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EFL: Man City tewaskan Newcastle 3-1, mara ke final

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2026
00:15 MYT
EFL: Man City tewaskan Newcastle 3-1, mara ke final
Aksi Omar Marmoush meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika perlawanan separuh akhir Piala EFL antara Manchester City dan Newcastle di Manchester, England, 4 Feb 2026. (Foto AP)
MANCHESTER City mengesahkan tempat ke final Piala Liga Inggeris (EFL) selepas menewaskan Newcastle United 3-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Etihad, awal pagi Khamis, sekali gus menang agregat 5-1.
Skuad kendalian Pep Guardiola mempamerkan persembahan bertenaga pada babak pertama apabila dua gol pantas Omar Marmoush meletakkan City selesa mendahului perlawanan.
Penyerang Mesir itu membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh sebelum menambah gol kedua pada minit ke-29.
Tekanan berterusan tuan rumah diterjemahkan dengan gol ketiga menerusi Tijjani Reijnders tiga minit kemudian, sekali gus menjadikan kedudukan 3-0 sebelum rehat.
Newcastle cuba bangkit pada separuh masa kedua dan memperoleh gol saguhati menerusi pemain gantian, Anthony Elanga, pada minit ke-62.
Namun, usaha pasukan pelawat tidak cukup untuk menggugat kelebihan City yang kekal mengawal tempo permainan sehingga wisel penamat.
Kemenangan itu menyaksikan City mengesahkan pertembungan final menentang Arsenal di Stadium Wembley pada 22 Mac ini.
Arsenal turut mara selepas menyingkirkan Chelsea dengan agregat 4-2 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Bagi City, Piala Liga menawarkan peluang meraih trofi utama pertama musim ini serta membina kelebihan psikologi dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), di mana Arsenal ketika ini mendahului liga dengan kelebihan enam mata.
Kedua-dua pasukan juga masih bersaing dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA.
Perlawanan akhir nanti dijangka menjadi tumpuan memandangkan sejarah persaingan sengit antara dua kelab tersebut, selain reputasi City yang cemerlang dalam kejohanan ini di bawah bimbingan Guardiola.
Topic Berkaitan
#EFL
#Piala Liga Inggeris
#Manchester City
#Arsenal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan