PHNOM PENH: Malaysia belum boleh menarik nafas lega walaupun mencatat kemenangan bergaya selepas membenam Laos 5-1 pada perlawanan sulung Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 di Stadium Prince di sini, malam tadi.
Pengendali skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan, E. Elavarasan berkata, ini kerana kemenangan besar itu tidak boleh menjadi sandaran ketika anak buahnya turun menentang pemenang pingat emas terbanyak, Thailand yang turut dianggap sebagai antara pasukan pilihan pada perlawanan kedua.
Beliau yang juga Penolong Ketua Jurulatih skuad senior kebangsaan berkata, keputusan 5-1 itu juga seakan tidak memberi apa-apa makna jika pasukannya gagal membawa pulang mata berdepan skuad bimbingan Issara Sritaro itu, Sabtu ini.
"Sebenarnya lima gol dan satu bolos bukan sesuatu yang besar, sebab bila kita bermain dengan Thailand dan kalau kita kalah apa kelebihan lima gol itu? tiada makna, kecuali seri, itu okay...kalau keputusan baik lawan Thailand kelebihan gol itu akan membantu, tetapi kalau kalah tiada kelebihan.
"Jadi kita gembira dengan kemenangan malam ini dan kita bersedia untuk perlawanan seterusnya, tiada apa yang terjamin untuk masa depan bagi semua pasukan, ia hanya petanda yang menunjukkan pasukan itu tidak teruk," katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Laos.
Menyedari akan ada peminat mula menaruh harapan tinggi selepas ini, Elavarasan berkata semua pihak perlu realistik memandangkan Thailand antara pasukan yang membuat persediaan lebih baik, selain juara bertahan Vietnam yang turut diundi dalam kumpulan sama.
"Untuk penyokong, saya boleh ucapkan terima kasih sebab lepas ini pengharapan itu (jadi) tinggi tetapi dari sudut yang betul kita kena lihat bahawa Thailand adalah pasukan yang lebih bersedia, kita mesti memahami pasukan Vietnam yang juga lebih bersedia.
"Bila lawan dengan Thailand kemudian kita boleh tahu apa kedudukan sebenar sama ada kita mampu mengatasi keunggulan Thailand dan Vietnam?. Buat masa ini susah untuk saya katakan (ramalan) tetapi sudah tentu kami teruja berdepan mereka dan boleh belajar sesuatu," katanya.
Bagaimanapun, beliau tetap berpuas hati dengan kesungguhan para pemain memburu kemenangan sulung berdepan Laos dengan menyifatkan ia sebagai permulaan yang baik dalam misi layak ke final tatkala pasukan berdepan kekangan masa dalam membuat persiapan.
Elavarasan mengakui tidak menjangkakan kemenangan besar ketika menentang skuad bimbingan Michael Weiss itu, namun melihat ia sebagai petanda kemajuan para pemain memahami kepentingan untuk menyempurnakan setiap peluang jaringan yang terhidang.
Malaysia dan Thailand yang baru bermain satu perlawanan, masing-masing meraih tiga mata di tempat kedua dan ketiga dalam saingan Kumpulan B sementara Singapura dan Laos di kedudukan tercorot selepas gagal mengutip mata dalam dua perlawanan pertama.
Vietnam pula menerajui saingan dengan enam mata selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut.
- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023
Pemain bola sepak negara Daryl Sham K K George ketika menentang pemain Laos Phetdavanh Somsanid pada perlawanan Bola Sepak Peringkat Kumpulan B sempena Sukan SEA 2023 di Prince Stadium malam tadi. - Gambar BERNAMA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Pungutan pingat di Sukan SEA 2023 mungkin kurang - MOM
Kekurangan acara 'lubuk emas' pada Sukan SEA 2023 di Kemboja dilihat akan memberikan kesan kepada jumlah pungutan pingat emas yang mampu dituai kontinjen negara pada temasya sukan berkenaan.