KUALA LUMPUR: Pelumba negara Jazeman Jaafar telah bersedia untuk bersaing di perlumbaan European Le Mans Series (ELMS) yang akan bermula Ahad ini (17 April) di Le Castellet, Perancis.
Jazeman yang mewakili pasukan Virage berkata ujian dua hari sebelum ini berjalan lancar dan dia cukup gembira dengan kemajuan yang dicapai dalam beberapa hari terakhir menjelang perlumbaan pertama hujung minggu ini.
"Kami melalui program ujian yang sangat komprehensif dan kami dapat selesaikan semua gaya pemanduan kami yang berbeza kepada persediaan yang sesuai.
"Saya fikir ia akan menjadi keluk pembelajaran baharu bagi kami kerana program ini akan menjadi sangat kompetitif," katanya dalam video yang disiarkan kepada media pada Rabu.
Jazeman yang akan beraksi secara penuh dalam kategori Le Mans Prototype 2 (LMP2) di perlumbaan berkenaan akan bergandingan bersama pelumba Perancis Gabriel Audry dan pelumba Amerika Syarikat Rob Hodes bagi siri perlumbaan di lima negara itu.
Sehubungan itu, pelumba berusia 29 tahun itu berharap mereka akan mencapai keputusan yang memberangsangkan dalam perlumbaan itu walaupun mengetahui dia akan berdepan ujian sengit daripada pesaing lain.
Selain Perancis, perlumbaan ELMS itu akan turut berlangsung di Itali, Sepanyol, Belgium dan Portugal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022
Jazeman berkata ujian dua hari sebelum ini berjalan lancar dan dia cukup gembira dengan kemajuan yang dicapai dalam beberapa hari terakhir. - Foto Facebook/Jazeman Jaafar Live Page
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.