awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk sekadar berseloroh beli Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
18/08/2022
01:45 MYT
Elon Musk sekadar berseloroh beli Manchester United
Apabila ditanya adakah dia serius untuk memiliki United, Musk menjawab: Tidak, ia adalah satu jenaka yang sudah lama berlegar di Twitter. - Foto Astro ARENA
PEMINAT Manchester United mungkin menaruh harapan terhadap pemilik jutawan baru tetapi peluang Elon Musk melabur dalam kelab itu nampaknya adalah tipis.
Ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS) kelahiran Afrika Selatan itu yang terkenal sebagai pengasas SpaceX dan ketua eksekutif Tesla mencetuskan kekecohan dengan mempertimbangkan untuk membeli United.
Pangkalan peminat kelab itu telah lama mahu pemiliknya sekarang, keluarga Glazer, yang juga memiliki Tampa Bay Buccaneers agar menjual kelab gergasi Inggeris berkenaan selepas ramai penyokong dan pakar melabel pasukan pasca era Alex Ferguson tersebut sebagai pelaburan merugikan.
Hanya tiga hari selepas United dimalukan 0-4 di Brentford, Musk menulis di Twitter: "Saya mahu membeli Manchester United, (anda) dialu-alukan."
Berikutan ciapan Musk itu, harga saham United melonjak hampir 17 peratus sebelum mula stabil sebaik dagangan pra-pasaran AS.
No, this is a long-running joke on Twitter. Im not buying any sports teams.
— Elon Musk (@elonmusk) August 17, 2022
BACA: Elon Musk nak beli Manchester United?
Namun, apabila ditanya adakah dia serius untuk memiliki United, Musk menjawab: "Tidak, ia adalah satu jenaka yang sudah lama berlegar di Twitter. Saya tidak membeli mana-mana pasukan sukan."
Bagaimanapun, Musk tidak menutup pintu sepenuhnya.
"Jika ia menjadi kenyataan sekalipun, ia pasti adalah Man U," tulis hartawan berusia 51 tahun itu.
"Mereka adalah pasukan kegemaran saya ketika kecil."
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Elon Musk
#harga saham melonjak
#Elon Mush beli Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan