awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Emman Azman, ahli gusti professional pertama Malaysia sertai NJPW

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2023
13:52 MYT
Emman Azman, ahli gusti professional pertama Malaysia sertai NJPW
Emman bakal bertemu Jarvis, lawan yang pernah ditewaskannya sebelum ini dan pertemuan pada 16 April menyaksikan pertembungan kali ketiga buat kedua-dua ahli gusti tersebut. - Foto Instagram @mypwrestling
KUALA LUMPUR: Ahli gusti profesional, Emman Azman atau dikenali dengan jolokan ‘Golden Boy’ terus melebarkan sayapnya dalam arena gusti apabila bakal bersaing dalam Kejohanan New Japan Pro Wrestling (NJPW) TAMASHII pada 16 April depan.
Perkembangan terbaharu itu menyaksikan beliau menjadi ahli gusti pertama dari Malaysia yang bersaing dalam kejohanan tersebut.
Kejohanan itu bakal berlangsung di Melbourne, Australia, menyaksikan Emman dijadual menentang ahli gusti dari Australia, Jarvis dalam perlawanan solo.
“Menyertai kejohanan gusti NJPW adalah besar kerana NJPW antara syarikat gusti yang terbesar di belakang WWE (World Wrestling Entertainment).
“Saya sangat teruja dan bangga menjadi ahli gusti pertama Malaysia menyertai NJPW.
“Ini kali pertama saya muncul di sana, jadi saya nak berikan yang terbaik dan harumkan nama Malaysia di pentas dunia. Doakan saya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Emman yang baru berusia 22 tahun menjuarai Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW) pada 26 November 2022, menewaskan Mick Moretti dan Adam Brooks.
Beliau berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraan itu pada 18 Februari lalu dalam kejohanan gusti ‘New Breed’ yang berlangsung di ibu negara.
Beliau menewaskan ahli gusti dari Singapura, Endboss Gregory dan menamatkan perlawanan itu dengan teknik tersendiri, teknik dinamakan ‘KL Gold Running Elbow’.
Topic Berkaitan
#Emman Azman
#Golden Boy
#ahli gusti
#NJPW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan