awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: City pamer aksi cemerlang benam Bournemouth

Astro Arena
Astro Arena
18/09/2016
00:33 MYT
EPL: City pamer aksi cemerlang benam Bournemouth
Guardiola menunjukkan isyarat bagus sewaktu perlawanan. - Foto AFP
PEP Guardiola melakar lapan kemenangan dalam lapan perlawanan sebagai pengendali Manchester City selepas membenam Bournemouth 4-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, pada Ahad.
Selepas membuka jaringan buat City minggu lalu ketika menewaskan Manchester United 2-1, Kevin De Bruyne terus mempamerkan aksi cemerlang dengan meledak gol pembukaan pada minit ke-15 menerusi sepakan percuma.
Selang sepuluh minit kemudian, City berjaya melancarkan serangan balas ke arah benteng pertahanan skuad kendalian Eddie Howe, Raheem Sterling berjaya melakukan hantaran rendah untuk mencari Kelechi Iheanacho untuk meledak gol kedua perlawanan.
Bersambung di babak kedua perlawanan, anak buah Guardiola terus memburu jaringan gol, kali ini giliran Sterling untuk mencetak gol selepas menemui hantaran Iheanacho pada minit ke-48.
Bekas pemain Borussia Dortmund, Ilkay Gundogan menjaringkan gol keempat buat The Citizens pada minit ke-67 sekali gus mencetak gol sulung bersama pasukan.
City berjaya memastikan gawang gol tidak dibolosi buat pertama kali dalam saingan Liga Perdana dan bakal ketiadaan Nolito selama tiga perlawanan selepas pemain itu dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran kepada Adam Smith.
Topic Berkaitan
#berita bola sepak
#Bournemouth
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan