MANCHESTER CITY didakwa oleh Persatuan Bolasepak England (FA) selepas penyokong mereka menceroboh padang sebaik mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Aston Villa hujung musim lalu.
Pasukan bimbingan Pep Guardiola itu memastikan gelaran liga keempat daripada lima musim terakhir dengan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Villa di Stadium Etihad pada 22 Mei lalu.
Ribuan penyokong mereka kemudian bertindak masuk ke kawasan padang sebaik wisel penamat dibunyikan selain suar dinyalakan dan gawang gol turut dirobohkan selain penjaga gol Villa, Robin Olsen, mendakwa turut diserang dalam insiden itu.
Polis Greater Manchester menahan dua individu lelaki yang terlibat dengan kekecohan berkenaan sambil meneruskan siasatan menyeluruh terhadap pelbagai pelanggaran undang-undang lain yang dilakukan penyokong City ketika itu.
FA secara rasmi mendakwa City semalam atas kegagalan mengawal penyokong mereka.
Satu kenyataan yang dikeluarkan berkata: "Manchester City FC didakwa atas kesalahan melanggar Undang-Undang E20 FA selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa FC pada 22 Mei 2022.
"Adalah didakwa bahawa selepas wisel penamat perlawanan itu, Manchester City gagal memastikan penonton mereka -- dan semua individu yang dikatakan penyokong dan pengikut mereka -- mengawal diri dengan cara yang teratur dan menahan diri daripada menggunakan ancaman dan/atau keganasan, termasuk menceroboh padang."
City mempunyai tempoh sehingga 25 Ogos ini untuk memberikan respons terhadap dakwaan berkenaan. -- Stadium Astro
Astro Arena
Fri Aug 19 2022

Ribuan penyokong City bertindak masuk ke kawasan padang sebaik wisel penamat dibunyikan selain suar dinyalakan dan gawang gol turut dirobohkan. - Stadium Astro
Tuntutan guru di Malaysia bukti lebih fokus kepada pengajaran
Guru-guru di Malaysia lebih fokus kepada tugas sebagai tenaga pengajaran jika dilihat dari tuntutan dan keluhan mereka yang inginkan agar tidak dibebankan dengan tugas lain di luar bidang pengajaran.
SOP penyelenggaraan kemudahan sukan ditingkatkan - Fadhlina
Prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Mangsa banjir di Kedah menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 419 orang daripada 141 keluarga setakat 10 malam.
Johor peruntuk RM78 juta persediaan hadapi banjir
Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM78 juta bagi melakukan kerja-kerja pembersihan sungai, longkang dan kolam takungan air sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir.
Pemerkasaan seni dan budaya perlu untuk Kebangkitan Asia - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia sangat bertuah dan unik apabila mampu mempamerkan kepelbagaian seni dan budaya sebagai simbol kekuatan negara.
Mengambil pendekatan berbeza mendampingi rakyat
Kerajaan MADANI kini mengambil pendekatan berbeza yang lebih proaktif bagi merasai masalah rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Muhamamd Syafiq-Tze Liang sumbang gangsa kedua kem terjun
Kem terjun negara menambah koleksi pingat gangsa menerusi gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di sini, malam ini.
[TERKINI] Muhammad Azeem raih pingat gangsa dalam 100m lelaki
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi meraih pingat gangsa dalam acara 100m di Sukan Asia 2022 selepas melakukan catatan 10.11 saat. Tempat pertama merupakan pelari China Xie Zhenye manakala Perak atlet Thailand, Boonson Puripol.
Tumpuan Ahad - 1 Oktober 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (30 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Piala EFL: Guardiola kekal positif walaupun Manchester City kandas
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, masih positif walaupun terpaksa melupakan peluang menjulang Piala Liga Inggeris musim ini.

EPL: Man City? Saya pilih fokus persembahan Arsenal, kata Arteta
Arsenal kini ketinggalan empat mata di belakang City, yang mempamerkan rentak cemerlang selepas enam perlawanan.

City kekalkan permulaan sempurna
City teruskan permulaan sempurna dengan enam kemenangan berturut-turut dalam EPL dan menang 20 perlawanan di tempat sendiri berturut-turut.

Kalau tiada Manchester City, Arsenal boleh jadi juara EPL
Arsenal dijangka sekali lagi akan menjadi pencabar terkuat Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Perpindahan pemain tamat, pemain mana bakal menyerlah dalam EPL 2022/2023?
Seramai 153 pemain didaftarkan ke dalam EPL dengan semua kelab membelanjakan lebih daripada RM5.85 bilion atau 2 bilion pound British.

EPL: Erling Haaland sumbat hatrik ketika Manchester City belasah Fulham
Penyerang prolifik Norway itu melengkapkan hari gemilang City selepas Fulham menuju ke bilik persalinan dalam suasana tegang.

Haaland rangkul anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA
Penyerang Manchester City, Erling Haaland, merangkul anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA selepas musim pertamanya bersama The Cityzens City yang cemerlang.

Pertahanan City, Aymeric Laporte berkelana ke Liga Pro Saudi
Laporte dilaporkan bersetuju untuk menyertai Al-Nassr selepas lima tahun setengah di England.

Manchester City diam-diam tambah kekuatan sayap
Perjanjian itu bernilai 55.4 juta pound, dengan pemain itu akan ke bandar raya Manchester untuk urusan pemeriksaan perubatan.

Manchester City tak boleh ikut cara Chelsea berbelanja
Guardiola berkata, pasukannya berdepan masalah sekiranya berbelanja besar bagi mendapatkan pemain baharu seperti dilakukan Chelsea.