awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Haaland sudah setaraf Messi, Ronaldo, kata Guardiola

Astro Arena
Astro Arena
08/04/2023
23:45 MYT
EPL: Haaland sudah setaraf Messi, Ronaldo, kata Guardiola
Haaland meraikan kejayaan menjaringkan gol ketiga ketika perlawanan EPL antara Southampton dan Manchester City di Stadium St Mary, Southampton, Britain, 8 April 2023. - REUTERS
PEP Guardiola percaya Erling Haaland sudah setaraf Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo selaku penjaring gol tulen selepas penyerang itu menjaringkan golnya yang ke-44 musim ini awal pagi tadi.
Haaland menjaringkan gol berganda ketika Manchester City menewaskan Southampton 4-1 di Stadium St. Mary awal pagi tadi untuk pasukannya merapatkan jurang kepada lima mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, yang akan bertemu Liverpool lewat malam ini.
Gol keduanya, melalui satu gerakan akrobatik gemilang, memastikan Haaland mendaftarkan 44 gol dalam kesemua kejohanan menerusi musim pertamanya di England untuk kini menyamai rekod jaringan terbanyak bagi satu musim EPL yang dilakukan Ruud van Nistelrooy (2002-03) dan Mohamed Salah (2017-18).
Daripada jumlah itu, 30 daripadanya dihasilkan dalam EPL dan Guardiola tidak keberatan untuk memuji penyerang prolifiknya itu dengan meletakkan Haaland sebaris dua legenda bola sepak moden, Messi dan Ronaldo.
Southampton 1-4 Man City Kevin De Bruyne reaches 100 PL assists. Erling Haaland reaches 44 goals in all comps for the season - a joint record for a PL player. Man City hunting Arsenal down. All eyes on Anfield tomorrow pic.twitter.com/e1p7gN8Vd1
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) April 8, 2023
"Gol keduanya amat luar biasa," kata pengurus City itu kepada BBC's Match of the Day.
"Bukan mudah untuk mendapatkan bola di udara dan mendorongnya ke tanah.
"Bakatnya amat-amat bagus. Kami memerlukannya. Separuh masa pertama bukanlah tahap terbaik kami tetapi kami kemudian mengubah cara permainan kami.
"Sebagai penjaring terbanyak, kita melalui dekad yang luar biasa bersama Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi tetapi dia kini sudah di tahap itu.
"Dia menjaringkan banyak gol," katanya.
Topic Berkaitan
#Manchester City
#Erling Haaland
#Pep Guardiola
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan