SUKAN
EPL: Jamie Vardy anggap kempen Leicester City musim ini memalukan

Reaksi Jamie Vardy ketika perlawanan EPL antara Leicester City dan Newcastle United di Stadium King Power, Leicester, Britain, 7 Apr 2025. REUTERS
KAPTEN Leicester City, Jamie Vardy, menyifatkan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 sebagai sangat memalukan selepas menyaksikan penyingkiran pasukannya ke Liga Kejuaraan disahkan pada Ahad lalu.
The Foxes tewas 0-1 kepada pendahulu liga, Liverpool, di Stadium King Power dengan jaringan Trent Alexander Arnold pada minit ke-76 memastikan penyingkiran mereka.
Sepanjang 33 perlawanan liga musim ini, mereka hanya mengumpul 27 gol sepanjang kempen dan merupakan jumlah paling rendah.
Vardy merupakan penjaring terbanyak Leicester dengan tujuh gol, meluahkan rasa kekecewaannya menerusi laman media sosial semalam."Pada ketika ini saya tidak tahu apa yang perlu dijelaskan. Tiada kata-kata yang dapat saya nyatakan untuk meluahkan perasaan marah dan saya sedih dengan cara musim ini berlalu.
"Selepas berada di kelab ini sejak sekian lama, kami melalui banyak kejayaan demi kejayaan, - namun musim ini hanya menyedihkan. Secara peribadi sangat memalukan.
"Kepada peminat saya meminta maaf, maaf menamatkan kempen 2024/25 dengan persembahan hambar." katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami