PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte menganggap para pemainnya tidak memiliki mentaliti kemenangan menyebabkan mereka gagal mengutip mata penuh dalam beberapa perlawanan lalu.
Menurut Conte, beliau percaya pemainnya kini sedang bergelut untuk mendapatkan keyakinan dan rentak selepas kalah buat kali ketiga berturut-turut dalam perlawanan liga.
"Masalahnya, ketika ini adalah pemain tidak boleh membeli mentaliti kemenangan. Mereka hanya boleh mendapatkan mentaliti itu selepas menang dan memindahkannya dari satu perlawanan ke satu lagi perlawanan.
"Saya lihat ketika ini, ada beberapa pemain yang mempunyai mentaliti tersebut dan ada yang memerlukan lebih banyak masa untuk memahami perkara ini.
"Apabila pemain memahaminya, kekalahan itu pasti sangat menyakitkan buat mereka dan ia bukan perkara yang mudah," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan menentang Wolves.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tottenham, skuad lilywhites tewas 2-0 kepada Wolves hasil jaringan Raul Jimenez pada minit keenam.
Spurs kemudiannya sekali lagi dihukum pada minit ke-18, selepas penjaga gol, Hugo Lloris melakukan hantaran yang kurang kemas kepada Ben Davies yang memberi ruang kepada Wolves untuk menambah jaringan melalui Dendoncker.
Wolves kini melonjak di tempat ketujuh satu mata di atas Tottenham selain berjaya memenangi empat daripada perlawanan penting di tempat lawan dalam saingan liga utama buat pertama kali sejak 1980.
Sementara itu, jurulatih Wolves, Bruno Lage memuji persembahan bertenaga pasukannya ketika menang bergaya ke atas Spurs.
Menurut Lage, kemenangan itu sedikit sebanyak memberi motivasi kepada pasukan dalam misi memperbaiki kedudukan dalam liga bagi mendapatkan slot automatik ke Piala Europa musim depan.
"Kami mengawal perlawanan menentang Tottenham. Pengurus mereka adalah antara yang terbaik kerana ke mana dia pergi, dia berjaya membawa kelab dengan baik," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 14 2022

Raul Jimenez (tengah) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Wolverhampton Wanderers di White Hart Lane, London, 13 Feb 2022. (Foto AP)

Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz menjelaskan di bawah semangat Keluarga Malaysia pelbagai dasar, program dan peruntukan telah kerajaan sediakan untuk golongan belia.

Dua empangan sabo akan segera dibina di Gunung Inas - Sanusi
Ia bagi memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kepala air di kawasan berpenduduk.

AWANI Ringkas: Anggota polis bermasalah dipindah ke Sabah, Sarawak tidak benar

Undi18 lahirkan pemimpin matang, berkualiti - Tengku Zafrul
Semakin awal golongan muda diberi hak untuk terlibat dalam proses membuat keputusan, semakin cepat mereka bersedia galas tanggungjawab sebagai pemimpin, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. #AWANInews

AWANI Ringkas: Buli Di MRSM Kuantan| Polis sahkan tiada unsur gangsterisme

PH akan bincang pembahagian kerusi, fokus pada 52 kerusi ditandingi Bersatu
PKR akan bertanding di semua kerusi yang pernah dimenanginya dalam PRU14 termasuk Parlimen Gombak, Tebrau, Ampang, Batu Pahat dan Segamat.
![AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982479/thumbnails/28747953021660397464241_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda Tumpuan #AWANI745 malam ini: -LCS bukan projek halimunan, kapal sedang disiapkan, kata BNS -Selepas ini setiap negeri ada litar lumba drag -Selepas antilompat parti, kini giliran RUU sumbangan politik pula

Agenda AWANI Asia: Integrasi 5G, manfaat untuk semua
Kerajaan menyasarkan 100 peratus liputan akses 5G di seluruh negara menjelang 2025. Apa cabaran terhadap usaha untuk mempercepat pembangunan teknologi itu di negara ini? Agenda Awani Asia, Sabtu 9 malam.

MAHA 2022 capai sasaran satu juta pengunjung - PM Ismail Sabri
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berakhir esok berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung hari ini.
![[TERKINI] Buli MRSM | Polis rakam percakapan pihak terlibat [TERKINI] Buli MRSM | Polis rakam percakapan pihak terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982470/thumbnails/28747953001660393926795_640x360.jpg)
[TERKINI] Buli MRSM | Polis rakam percakapan pihak terlibat
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan, pihaknya sudah merakam percakapan pihak terlibat seperti guru, pelajar dan ibu mangsa bagi membantu siasatan kes buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Tottenham ikat penjaga gol Forster secara percuma
Pemain berusia 34 tahun itu akan menyertai pasukan pada awal bulan depan dengan perjanjian dua tahun.

Spurs perlu berbelanja besar untuk bersaing dengan Liverpool - Conte
Spurs terikat dalam pertarungan dengan saingan Arsenal untuk menamatkan saingan di kelompok empat teratas.

Beraksi di Eropah bakal ubah nasib Spurs - Conte
Bagaimanapun, katanya, Tottenham berdepan cabaran sukar untuk mendapatkan tempat dalam saingan utama Eropah.

Conte mohon maaf emosi selepas tewas kepada Burnley
Spurs tewas 1-0 kepada Burnley di Turf Moor awal pagi Khamis, kekalahan keempat mereka dalam lima perlawanan liga.

Liverpool 'amuk' habis Leeds United di Anfield
Mane mencetak dua gol ketika membantu Liverpool mengatasi Leeds United 6-0 di Anfield.

Kane bikin Manchester City terkedu di Etihad
Tandukan padu Kane pada minit ke-95 menyumbang kepada kekalahan liga pertama pendahulu liga selepas 16 perlawanan.

Conte perlukan masa, dana cipta gemilang di Spurs
Guardiola percaya Conte mampu mengangkat nama Spurs asalkan mendapat sokongan penuh daripada pengurusan tertinggi kelab.

Conte akui sukar kejar 'top four' EPL
Conte mahu kesebelasan The Lilywhites itu beraksi sebaik mungkin bagi memastikan slot dalam saingan Liga Europa tidak terlepas.

EPL: Spurs tiada mentaliti kemenangan - Conte
Conte percaya pemainnya kini sedang bergelut untuk mendapatkan keyakinan dan rentak selepas kalah tiga kali berturut-turut.

Jaringan Kane pastikan Conte cipta sejarah di Tottenham
James Ward-Prowse meletakkan The Saints di depan pada minit ke-25 dengan meledakkan jaringan dari jarak 16 ela.