FULHAM akhirnya melepaskan penyerang Serbia, Aleksandar Mitrovic menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal, kata pengendali Marco Silva selepas pasukan Liga Perdana Inggeris itu tewas 0-3 kepada Brentford pada Sabtu.
Mitrovic, penjaring terbanyak Fulham dalam empat daripada lima musim lalu, tidak bermain dalam perlawanan derbi London Barat selepas mengalami kecederaan pada perlawanan pembukaan musim menentang Everton di Goodison Park hujung minggu lalu.
“Saya mendapat maklumat sebelum perlawanan dan pengesahan kelab selepas perlawanan bahawa dia dalam perjalanan meninggalkan kelab.
“Kedua-dua kelab mencapai persetujuan bersama dan kini adalah masa untuk menamatkan era Mitrovic di Fulham apabila dia memaksa segala-galanya demi mahu meninggalkan kelab ini.
“Akhirnya mereka mencapai kata sepakat dan sekarang adalah masa untuk kami terus bermain dan bekerja tanpa dia,” kata pengendali Portugal itu kepada pemberita di Craven Cottage tanpa memberikan sebarang butiran mengenai perjanjian itu.
Mitrovic mempunyai baki tiga tahun dalam kontraknya dan Fulham bulan lalu dilaporkan menolak bidaan 25 juta pound daripada Al-Hilal, yang juga menandatangani bintang Brazil, Neymar dari Paris Saint-Germain (PSG).
Media British sebelum itu melaporkan Al-Hilal yang berpangkalan di Riyadh kembali dengan tawaran sekitar 46 juta pound.
Dalam pada itu, Silva berkata, Fulham akan berusaha untuk menggantikan Mitrovic dalam jendela perpindahan, namun menegaskan perkara tersebut bukan sesuatu yang mudah.
"Malangnya bagi saya sebagai pengurus, kami mempunyai empat atau lima pemain untuk ditandatangani dalam masa 15 hari. Kedudukan penyerang dan pasaran penyerang bukanlah sesuatu yang mudah.
"Banyak kelab mencari perkara sama. Kami akan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan kewangan kelab.
"Kami perlu mencari pemain yang sesuai untuk menggantikannya. Jika tidak kami akan menghadapi Liga Perdana Inggeris dengan pemain yang kami ada di sini," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 20 2023
Mitrovic (kiri) antara pemain dari Liga Perdana Inggeris menyertai cabaran baharu di Liga Pro Saudi. - Foto Agensi/Sinar Harian
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Era baharu Mitrovic di Al-Hilal
Mitrovic tidak bermain dalam perlawanan derbi London Barat selepas mengalami kecederaan pada perlawanan pembukaan musim hujung minggu lalu.
Mitrovic digantung lapan perlawanan selepas tolak pengadil
Mitrovic menolak Kavanagh selepas pegawai perlawanan itu melayangkan kad merah kepada rakan sepasukannya Willian, bulan lalu.
Mitrovic, Silva mohon maaf dilayangkan kad merah dalam aksi Fulham-Man United
Pemain dan pengurus itu turut mendedahkan bahawa mereka telah melakukan permohonan maaf kepada Kavanagh.
Kelayakan Piala Dunia: Jaringan Mitrovic paksa Ronaldo, Portugal ke aksi play-off
Mitrovic melengkapkan kebangkitan penuh dramatik pada minit ke-90 apabila menanduk masuk hantaran silang Tadic.
Soucek kesal pengadil Mike Dean diugut bunuh
Dean mengarahkan Soucek meninggalkan padang pada masa kecederaan ketika Hammers seri 0-0 dengan Fulham, Sabtu lalu.