awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Erik Ten Hag kecewa Manchester United tiada 'naluri pembunuh'

Sinar Harian
Sinar Harian
25/10/2024
00:50 MYT
Erik Ten Hag kecewa Manchester United tiada 'naluri pembunuh'
Penjaga gol United, Andre Onana membuat dua penyelamatan hebat berturut-turut untuk menepis dua tandukan Youssef En-Nesyri (tengah) dan melindungi kelebihan mereka pada separuh masa pertama.
PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag mengakui pasukannya kekurangan 'naluri pembunuh’ ketika diikat Fenerbache kendalian Jose Mourinho 1-1 dalam aksi Liga Europa pada awal pagi Khamis.
Dalam perlawanan itu, Joshua Zirkzee menghantar bola kepada Christian Eriksen yang meledakkan gol pendahuluan United selepas 15 minit dari luar kotak penalti di Istanbul.
Penjaga gol United, Andre Onana membuat dua penyelamatan hebat berturut-turut untuk menepis dua tandukan Youssef En-Nesyri dan melindungi kelebihan mereka pada separuh masa pertama.
From Manchester to Istanbul and we heard you from the first minute to the last. We never take your support for granted #MUFC || #UEL pic.twitter.com/qjFhsEtovU
— Manchester United (@ManUtd) October 24, 2024
Bagaimanapun, kelebihan itu gagal dipertahankan dalam masa empat minit selepas permainan disambung apabila pertahanan yang cuai membenarkan En-Nesyri menanduk masuk hantaran Allan Saint-Maximin.
Keputusan seri itu menyaksikan United di tempat ke-21 dalam jadual 36 pasukan dan mereka kini telah melalui setahun penuh tanpa memenangi perlawanan Eropah.
“Kami perlu menang dan sekali lagi kami berada dalam kedudukan untuk menang, tetapi kami perlu lebih ‘membunuh’ (menghabiskan perlawanan).
“Kami membiarkan lawan terlepas dengan satu mata,” ujar Ten Hag.
Sementara itu, bekas bos The Red Devils diarah keluar padang kerana terlalu bersemangat memprotes apabila pengadil Perancis, Clement Turpin, menolak rayuan penalti.
“Dia (pengadil) memberitahu saya sesuatu yang luar biasa. Dia boleh melihat tindakan dalam kotak penalti dan tingkah laku saya di tepi padang.
Erik shares his verdict on tonights game #MUFC || #UEL
— Manchester United (@ManUtd) October 24, 2024
“Saya mengucapkan tahniah kepadanya kerana penglihatan periferalnya sangat luar biasa.
“Dia ada satu mata di situasi penalti dan satu mata di bangku simpanan dan melihat tingkah laku saya. Itulah sebabnya dia adalah salah seorang pengadil terbaik di dunia,” ujar Mourinho. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Erik ten Hag
#Manchester United
#naluri pembunuh
#Erik Ten Hag kecewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan