awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2020: Sterling pastikan England juara Kumpulan D

Astro Arena
Astro Arena
23/06/2021
00:07 MYT
Euro 2020: Sterling pastikan England juara Kumpulan D
Raheem Sterling membawa bola sambil cuba dirapati pemain Patrik Schick (kanan) ketika perlawanan Euro 2020 kumpulan D antara Republik Czech dan England di stadium Wembley, London, 22 Jun, 2021. (Foto AP)
REPUBLIK CZECH 0 ENGLAND 1
Raheem Sterling menjaringkan gol keduanya dalam Euro 2020 ketika England menewaskan Republik Czech 1-0 awal pagi tadi untuk menjuarai Kumpulan D menjelang aksi pusingan 16 di Stadium Wembley.
Sterling menanduk masuk gol kemenangan The Three Lions dalam babak pertama untuk membolehkan skuad kendalian Gareth Southgate itu memintas lawan berkenaan di tangga teratas Kumpulan D dan akan mencongak perhitungan, sama ada dengan Perancis, Jerman, Portugal atau Hungary awal pagi Rabu depan.
Biarpun tewas, Republik Czech turut layak ke pusingan 16 selaku salah sebuah daripada empat pasukan di tangga ketiga terbaik -- susulan kemenangan 3-1 Croatia ke atas Scotland -- tetapi perlu menunggu lebih lama untuk menantikan pasukan mana yang akan menjadi lawan mereka.
Dalam perlawanan di Stadium Wembley awal pagi tadi, Jack Grealish dan Bukayo Saka mempamerkan aksi menarik di samping penampilan pertama Harry Maguire -- yang beraksi selama 90 minit selepas pulih daripada kecederaan buku lali -- dalam edisi kali ini.
England juga mengekalkan rekod tanpa bolos sepanjang tiga perlawanan peringkat kumpulan.
Topic Berkaitan
#England
#Republik Czech
#Euro 2020
#Raheem Sterling
#Kumpulan D
#Stadium Wembley
#gol kemenangan
#The Three Lions
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan