awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2020: Hamann yakin Portugal dihukum kerana Ronaldo berlagak

Astro Arena
Astro Arena
20/06/2021
22:47 MYT
Euro 2020: Hamann yakin Portugal dihukum kerana Ronaldo berlagak
Reaksi Cristiano Ronaldo selepas tamat perlawanan Euro 2020 kumpulan F antara Portugal dan Jerman di Football Arena Munich, Jerman, 19 Jun, 2021. - Gambar fail REUTERS
CRISTIANO Ronaldo seperti 'memperbodohkan diri sendiri' kerana menunjuk-nunjuk kemahirannya dalam kekalahan kepada Jerman, awal pagi semalam.
Penyerang berbisa Portugal tersebut memecahkan kebuntuan perlawanan sebelum tersungkur 2-4, dan Didier Hamann percaya helah Ronaldo ketika dikawal ketat Antonio Rudiger itu telah mencetuskan kebangkitan Jerman.
Sebaik mendahului perlawanan, Ronaldo membuatkan penonton terpesona dengan hantarannya yang bersahaja sambil memandang ke arah lain biarpun sedang dikawal ketat oleh pertahanan Die Mannschaft itu.
Hamann membidas gerakan itu sambil memberitahu tidak melihat sebarang magis dalam tindakan berkenaan, malah membidasnya.
"Ia mengarut. Dia membalikkan bola itu dengan berpura-pura untuk menyambutnya sebelum menolaknya dengan tumit sambil berpaling ke arah lain," katanya seperti dipetik daripada MailOnline.com.
Man is mocking it pic.twitter.com/SGvJ38jjHw
— J (@JamelLeurs) June 19, 2021
BACA: Euro 2020: Portugal tumbang di tangan Jerman, jaring dua gol sendiri
Baginya, kekalahan itu memperlihatkan bintang Juventus tersebut nampak 'bodoh' berdasarkan keputusan perlawanan.
"Memang mengagumkan dapat menyaksikan kemampuannya. Saya rasa, ia menjurus keinginannya untuk merendah-rendahkan pihak lawan.
"Kedudukan baru 1-0 dan saya hanya duduk memerhatikannya tatkala semua orang berasa teruja. Ya, dia adalah yang terbaik termasuk Messi. Kini dia nampak bodoh. Perlawanan baru 1-0. Dia nampak bodoh.
"Kalau ditanya pemain Jerman sekarang, mereka akan memberitahu apa yang difikirkan. Mereka pasti akan terperasan tindakan itu.
"Kesemua mereka pasti mengatakan ia hanya membuatkan semangat mereka lebih membara untuk mengubah kedudukan."
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#berlagak
#memperbodohkan diri sendiri
#menunjuk-nunjuk
#Portugal kalah
#Jerman
#Didier Hamann
#mengarut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan