SELEPAS tertangguh setahun, Euro 2020 – nama rasminya dikekalkan -- akhirnya akan disingkap tirainya awal pagi Sabtu yang menawarkan karnival bola sepak selama sebulan sehingga 11 Julai.
Di samping menggamit tumpuan terhadap 24 pasukan yang bertanding, barangkali kejohanan kedua terbesar selepas Piala Dunia FIFA ini mampu memberi sedikit kelegaan buat peminat yang kecewa dengan pasukan kebangsaan sendiri.
Berikut diperturunkan soalan-soalan lazim (FAQ) mengenai kejohanan kali ini yang melalui sedikit pengubahsuaian dan penambahbaikan seperti dibawakan laman www.sportsnet.ca.
Format pertandingan
24 pasukan yang layak dibahagikan kepada kepada enam kumpulan secara ‘round-robin’, dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan disertai empat pasukan terbaik di tangga ketiga, mara ke pusingan 16 yang kemudian berlanjutan secara kalah mati.
Kumpulan-kumpulan:
Kum A: Itali, Switzerland, Turki dan Wales
Kum B: Belgium, Denmark, Finland dan Russia
Kum C: Austria, Belanda, Macedonia Utara dan Ukraine
Kum D: Croatia, Republik Czech, England dan Scotland
Kum E: Poland, Slovakia, Sweden dan Sepanyol
Kum F: Perancis, Jerman, Hungary dan Portugal
Tuan rumah
Berbanding kejohanan masa lalu yang menampilkan sebuah atau dua negara selaku tuan rumah, saingan kali ini akan berlangsung di 11 bandar raya di 11 negara.
Tuan rumah peringkat kumpulan: Rome dan Baku (Kum A), Saint Petersburg dan Copenhagen (Kum B), Amsterdam dan Bucharest (Kum C), London dan Glasgow (Kum D), Seville dan Saint Petersburg (Kum E) and Munich dan Budapest (Kum E).
Tuan rumah pusingan 16 akan dibahagi-bahagikan di antara Amsterdam, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London (dua perlawanan) dan Seville.
Pusingan suku akhir akan berlangsung di Baku, Munich, Rome dan Saint Petersburg manakala Stadium Wembley, London akan menganjurkan kedua-dua perlawanan separuh akhir dan final.
Adakah kehadiran penonton dibenarkan?
Setiap satu daripada 11 bandar raya tuan rumah membenarkan penonton di stadium, dengan 10 daripadanya meluangkan 22 hingga 50 peratus kapasiti stadium sambil Budapest bercadang membenarkan sehingga 100 peratus dengan SOP ketat.
Siapakah antara pasukan pilihan dalam Euro 2020?
Perancis harus antara pilihan utama, dengan pengurus Didier Deschamps memiliki pilihan lebih luas di setiap posisi hingga mampu membariskan dua pasukan dalam kejohanan kali ini.
Bertitik-tolak daripada kemaraan ke separuh akhir Piala Dunia 2018, England mungkin meningkat setahap lagi untuk muncul juara musim panas ini.
Pengurus Gareth Southgate memiliki sekelompok pemain berminda menyerang yang mungkin dicemburui banyak pasukan lawan.
Selain barisan serangan yang menampilkan Harry Kane, Raheem Sterling dan Marcus Rashford, skuad The Three Lions turut diperkuatkan Phil Foden, Jadon Sancho, dan Jack Grealish.
Lain-lain pasukan yang turut menjadi tumpuan termasuk Belgium (nombor 1 dalam ranking FIFA), juara bertahan, Portugal, pesaing tradisi, Jerman, serta Itali yang memukau di bawah kendalian Roberto Mancini.
Pasukan manakah yang mampu membuat kejutan?
Jangan perkecilkan Turki yang bolos cuma tiga gol dan terikat dengan Belgium untuk rekod pertahanan terbaik di peringkat kelayakan.
Siapakah antara pemain utama yang bakal jadi tumpuan?
Penyerang Perancis, Kylian Mbappé, semakin matang sejak menjaringkan empat gol ketika membantu Les Bleus menjuarai Piala Dunia 2018.
Cristiano Ronaldo terus menjadi sandaran Portugal, tidak ketinggalan Serge Gnabry yang menyumbat lapan gol untuk Jerman di peringkat kelayakan selain penyerang prolifik Poland, Robert Lewandowski, di samping Romelu Lukaku (Belgium) dan tonggak England, Harry Kane, yang berbisa ketika saingan liga domestik.
Apakah yang berbeza dalam kejohanan kali ini?
Terdapat beberapa perubahan peraturan untuk Euro 2020, antaranya pasukan-pasukan dibenarkan membuat sehingga lima penggantian pemain dalam sesuatu perlawanan, dengan penggantian keenam dibenarkan dalam masa tambahan.
Bagaimanapun, pengurus hanya mempunyai tiga ‘jendela’ untuk membuat penggantian dalam sesuatu perlawanan (dengan jendela keempat dalam masa tambahan), tidak termasuk penggantian ketika rehat separuh masa.
Setiap pasukan juga boleh mendaftarkan 26 pemain (berbanding 23 sebelumnya) tapi hanya boleh menamakan 23 pemain untuk sesuatu perlawanan.
Astro Arena
Fri Jun 11 2021
24 pasukan yang layak dibahagikan kepada kepada enam kumpulan secara round-robin, dengan 2 pasukan teratas setiap kumpulan disertai 4 pasukan terbaik di tangga ke-3, mara ke pusingan 16 yang berlanjutan secara kalah mati. - Foto Astro Arena
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Arsenal beli penjaga gol baru dari Sheffield United
Arsenal melengkapkan pembelian penjaga gol, Aaron Ramsdale, daripada kelab Liga Kejuaraan, Sheffield United, dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai (RM138.58 juta) beserta bayaran tambahan.
Kane akan kembali bersama Spurs 'seperti yang dirancang'
Kane menjadi tajuk utama apabila tidak melapor diri untuk sesi latihan bersama Spurs.
Eriksen kembali ke Inter buat pertama kali sejak alami serangan jantung
Christian Eriksen telah kembali ke tempat latihan Inter untuk pertama kalinya sejak serangan jantungnya dalam saingan Euro 2020.
Euro 2020: Shaw rupanya beraksi dengan patah rusuk
Pertahanan kiri itu terpaksa beraksi dalam kesakitan sejak patah beberapa tulang rusuknya sewaktu menentang Jerman dalam pusingan 16.
Itali akan bertambah kuat menjelang Piala Dunia Qatar
The Azzurri berkembang di bawah kendalian Roberto Mancini sejak terlepas saingan Piala Dunia Russia.
Donnarumma bakal dominasi status penjaga gol terbaik dunia
Pemain berusia 22 tahun itu dinobat Pemain Terbaik Kejohanan UEFA untuk aksi cemerlang dalam penentuan sepakan penalti membantu Itali mengatasi England dalam final di Wembley.
Jaringan jarak jauh gemilang Schick diundi gol terbaik Euro 2020
Gol kedua dalam kemenangan 2-0 di Hampden Park 14 Jun lalu terhasil hampir dari jarak setengah padang.
Kami tidak mahu anda, kata Kane kepada penyokong perkauman England
Tiga pemain muda England itu gagal menyempurnakan sepakan masing-masing, di mana The Three Lions tewas 2-3 kepada Itali dalam penentuan sepakan penalti selepas perlawanan final itu berakhir.
Euro 2020: Penyokong bertindak ganas, 49 ditahan, 19 anggota polis cedera
Polis Met berkata 49 orang telah ditahan ketika aksi final dan 19 pegawai telah mengalami kecederaan.
Euro 2020: Persatuan bola sepak England bidas penyokong hambur kritikan berunsur perkauman
Persatuan Bola Sepak England mengeluarkan kenyataan mengecam kritikan berunsur perkauman ke atas pemain.