awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2020: Sepanyol sahkan tiada tambahan kes positif COVID-19

Astro Arena
Astro Arena
10/06/2021
01:47 MYT
Euro 2020: Sepanyol sahkan tiada tambahan kes positif COVID-19
Diego Llorente (kiri) beraksi bersama pemain Southampton Nathan Tella ketika perlawanan EPL antara Southampton dan Leeds United di Stadium St Mary's, Southampton, Britain, 18 Mei, 2021. REUTERS
SEPANYOL mengesahkan tiada lagi pemain atau staf kejurulatihan mereka diuji positif COVID-19 selepas beberapa jangkitan dalam kem pasukan itu.
Pertahanan, Diego Llorente, didapati positif virus itu semalam dan telah ditempatkan dalam pengasingan, berselang dua hari selepas ketua pasukan, Sergio Busquet, dijangkiti.
Sepanyol menggantung semua aktiviti latihan mereka dan menurunkan skuad B-21 ketika menentang Lithuania dalam aksi pemanas badan menjeang Euro 2020 semalam dan berhasil menang 4-0 di Leganes.
Ketua jurulatih, Luis Enrique, juga telah mengadakan gelembung latihan lain bagi menempatkan pemain yang diminta bersedia sekiranya keadaan mendesak dan antara yang dipanggil ialah Rodrigo Moreno, Pablo Fornals, Carlos Soler, Brais Mendez, Raul Albiol, Kepa Arrizabalaga dan 11 pemain daripada skuad B-21.
Terdapat kebimbangan penularan virus itu akan sukar dikawal tetapi kesemua pemain dan pegawai pasukan itu -- termasuk mereka yang berada dalam gelembung sukan berbeza -- negatif ujian saringan yang dilakukan semalam.
Persatuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) mengesahkan perkara itu dalam laman web rasmi mereka dan akan melakukan ujian saringan lanjut dalam masa terdekat.
Sepanyol akan memulakan kempen Euro 2020 dengan bertemu Sweden di Seville, Isnin depan sebelum menghadapi Poland dan Slovakia dalam aksi Kumpulan E.
Sumber Facebook stadiumastro
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#ujian saringan
#Sweden
#sepanyol
#jurulatih
#Diego Llorente
#Sergio Busquet
#Luis Enrique
#gelembung latihan
#gelembung sukan
#RFEF
#Persatuan Bolasepak Diraja Sepanyol
#Euro 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan