SPORTS
F1: Michael Schumacher kini seorang datuk

Schumacher telah menjalani dua pembedahan otak, terselamat daripada semua kemungkinan, tetapi kekal dalam keadaan kritikal. - Stadium Astro
MICHAEL Schumacher kini bergelar datuk selepas anak perempuannya, Gina, menimang cahaya mata.
Gina Schumacher mengumumkan dia mengandung Disember lalu dan mengumumkan kelahiran bayi, Millie, hasil perkahwinan bersama suami, Iain Bethke.
Berita itu diumumkan selepas Gina dan Bethke berkahwin pada September di Majorca.
Akhbar Jerman BILD melaporkan pada masa itu bahawa 'kemungkinan besar' juara dunia tujuh kali Schumacher hadir, hampir 11 tahun selepas kemalangan main ski yang hampir maut, walaupun maklumat itu masih lagi tidak disahkan.
Mengumumkan kelahiran Millie di media sosial, Gina dan Iain menulis di Instagram, "Selamat datang ke dunia, Millie Dilahirkan pada 29 Mac, hidup kami lebih lengkap daripada sebelumnya. Kami sangat bertuah kerana memiliki awak dalam hidup kami."
Gina merupakan atlet ekuestrian yang berjaya, dan telah bersama Iain, yang juga peminat kuda, sejak 2017.
Hidup Schumacher berubah selama-lamanya selepas kemalangan tragis 11 tahun lalu.
Setelah menghabiskan kariernya dengan mahir mengemudi jentera terpantas di dunia, sebelum bersara dalam keadaan sihat pada 2012 pada usia 43 tahun, Schumacher hampir kehilangan nyawanya dalam kemalangan setahun kemudian.
Pada percutian ski keluarga di Meribel, dia mengalami kemalangan dan patah tengkoraknya, menyebabkan kecederaan otak.
Dia telah menjalani dua pembedahan otak, terselamat daripada semua kemungkinan, tetapi kekal dalam keadaan kritikal.
Pada April 2014, doktor telah memulakan proses mengeluarkan Schumacher secara beransur-ansur daripada koma, dan menjelang Jun dia dianggap selamat untuk bergerak. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami