SPORTS
F1: Piastri rampas kemenangan di GP Arab Saudi

Oscar Piastri memanfaatkan penalti yang dikenakan ke atas Max Verstappen untuk meraih kemenangan ketiganya musim ini di GP Arab Saudi. - Foto Reuters
BERLIN: Oscar Piastri memanfaatkan penalti lima saat yang dikenakan ke atas Max Verstappen untuk meraih kemenangan ketiganya musim ini dalam perlumbaan Grand Prix Arab Saudi, sekali gus mendahului kejuaraan dunia Formula One (F1), lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Pemandu McLaren itu menamatkan saingan di hadapan juara bertahan, Verstappen dari Red Bull, yang dikenakan penalti selepas memotong selekoh awal ketika bersaing dengan Piastri dalam perebutan kedudukan pendahulu.
Charles Leclerc dari Ferrari pula menampilkan aksi konsisten untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, manakala Lando Norris berjaya menebus kekecewaan di sesi kelayakan dengan bangkit dari petak ke-10 untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat.
Namun, keputusan itu belum mencukupi buat Norris untuk mengekalkan kedudukan teratas keseluruhan, apabila Piastri mendahului carta selepas lima pusingan perlumbaan musim ini.Meskipun Verstappen memulakan saingan dari petak utama, beliau sekali lagi gagal menukar kelebihan itu kepada kemenangan -- berbeza dengan kejayaannya di Jepun dua minggu lalu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami