awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faktor keluarga dorong Al Hafiz pilih Lang Merah

Astro Arena
Astro Arena
10/12/2021
01:53 MYT
Faktor keluarga dorong Al Hafiz pilih Lang Merah
Al-Hafiz yakin mampu membuktikan kredibilitinya bersama skuad Hijau Kuning selepas tiga musim bersama Penang. - Foto Facebook Kedah Darul Aman FC
TONGGAK baru Kedah Darul Aman, Al Hafiz Harun, menjadikan faktor keluarga sebagai keutamaannya ketika ini apabila mengakui terpaksa menolak tawaran Terengganu.
Masalah jantung yang dihadapi ibunya membuatkan anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu memilih Lang Merah sebagai destinasi musim depan.
"Saya juga mendapat tawaran daripada sebuah kelab gergasi Pantai Timur, Terengganu, tapi terpaksa menolaknya disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi orang tua saya.
"Keluarga menjadi keutamaan saya ketika ini hingga terpaksa menolak tawaran daripada Terengganu," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Tambah 'Awang', dia yakin mampu membuktikan kredibilitinya bersama skuad Hijau Kuning selepas tiga musim bersama Penang, lebih-lebih membantu kelab jiran itu meraih tangga ketiga Liga Super musim lalu.
"Saya tidak boleh janjikan sebarang kejayaan, tapi saya janji akan buat sebaik mungkin pasukan, peminat Kedah dalam Liga Super, Piala Malaysia dan Piala AFC.
"Ini kali pertama saya kembali ke Kedah yang akan dibarisi pemain muda.
"Ia pasti akan mengambil sedikit masa untuk mencipta keserasian tapi saya dan rakan-rakan akan buat sebaik mungkin," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Liga Super
#piala afc
#Al Hafiz Harun
#Kedah Darul Aman FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan