Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan perbincangan bagi menentukan prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai untuk latihan pusat skuad kebangsaan dalam menghadapi baki tiga perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dijadual pada Oktober dan November ini.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, badan induk itu akan menyediakan SOP bagi kem latihan pusat dengan pendekatan secara kuarantin yang akan dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat berpandukan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi Fasa 2 dikeluarkan KBS.
Beliau berkata FAM juga akan melaksanakan SOP bersesuaian untuk kem latihan pusat skuad Bawah 19 (B-19) kebangsaan kendalian Brad Maloney bagi menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan, Oktober ini.
"FAM amat berterima kasih kepada pihak kerajaan yang meluluskan kebenaran bagi aktiviti latihan bola sepak bermula semula mengikut syarat dan SOP, terutamanya kepada (Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin (Yassin), (Menteri Kanan Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan (Menteri Belia dan Sukan) Datuk Seri Reezal Merican (Naina Merican) atas segala bantuan yang telah dihulurkan kepada FAM.
"Sudah tentu, ini merupakan satu berita gembira kepada seluruh warga bola sepak di Malaysia yang sudah hampir tiga bulan terpaksa menghentikan segala aktiviti bola sepak di semua peringkat sejak saingan Liga Malaysia 2020 ditangguhkan berkuat kuasa 16 Mac 2020 dan diikuti dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bermula 18 Mac 2020," kata Stuart dalam kenyataan dikeluarkan FAM, pada Isnin.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan pentadbir Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan mengeluarkan SOP kembali ke latihan di padang terbuka dan juga akan menghubungi pasukan-pasukan berkenaan dalam masa terdekat bagi memberi penerangan berhubung SOP yang telah disediakan.
Beliau berkata, FAM sudah menyediakan SOP kembali ke latihan di padang terbuka bagi akademi-akademi bola sepak khususnya yang terlibat dengan program pembangunan di peringkat akar umbi, dan SOP itu diselaraskan dengan garis panduan baharu Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan kelancaran latihan bermula 15 Jun ini.
"Bagi aktiviti bola sepak secara sosial dan riadah, FAM akan mengeluarkan satu garis panduan cadangan untuk diikuti oleh semua yang terlibat bagi menjamin kesihatan dan keselamatan semua agar tidak terdedah kepada kemungkinan terjadinya penularan semula pandemik COVID-19," jelas Stuart.
Sehubungan itu, katanya FAM berharap semua yang terlibat dalam bola sepak dapat mengekalkan disiplin diri untuk mengikut segala SOP serta ketetapan agar kelonggaran yang telah diberikan kerajaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kesihatan dan kelangsungan sukan bola sepak di negara ini.
Katanya FAM akan memberikan informasi terkini dari semasa ke semasa untuk makluman seluruh warga bola sepak supaya mereka dapat terus kekal sihat dan beraktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dari 10 Jun hingga 31 Ogos ini.
Reezal Merican dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini memaklumkan KBS memberi lampu hijau kepada skuad kebangsaan, pasukan negeri atau kelab di bawah MFL, serta akademi bola sepak yang berdaftar untuk memulakan latihan secara tidak bersentuhan badan mengikut SOP Am Individu dan SOP Pengurusan yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 08 2020
Stuart berkata badan induk itu akan menyediakan SOP bagi kem latihan pusat.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.