awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta

Astro Arena
Astro Arena
11/12/2024
04:50 MYT
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Vinicius dan Bellingham menambah derita Atalanta dalam separuh masa kedua dengan masing-masing menyumbat gol buat Madrid. - Stadium Astro
REAL Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta dengan Kylian Mbappe, Vinicius Junior dan Jude Bellingham menjadi tonggak penting memacu dua kemenangan berturut-turut Los Blancos.
Mbappe hanya memerlukan 10 minit untuk jaringan pembukaan selepas merembat deras bola menewaskan Marco Carnesecchi untuk mendahului 1-0.
Oh là là !@KMbappe | #UCL pic.twitter.com/ewVmWbHXng
— Real Madrid C.F. (@realmadriden) December 10, 2024
Namun, Charles de Ketelaere berjaya menyamakan kedudukan kembali menerusi sepak penalti apabila Aurelien Tchouameni tersepak kaki Sead Kolasinac daripada belakang sekali gus menutup babak pertama dengan terikat 1-1.
Vinicius dan Bellingham menambah derita Atalanta dalam separuh masa kedua dengan masing-masing menyumbat gol buat Madrid, walaupun Ademola Lookman cuba merapatkan jurang tetapi kawalan penuh yang didominasi pasukan pelawat memastikan mereka tewas 2-3 di laman sendiri.
Gol Mbappe buat Madrid itu merupakan jaringan ke-50 dalam pentas UCL.
Untuk rekod, pada usia 25 tahun 356 hari, Mbappe merupakan pemain kedua termuda yang mencapai kejayaan itu selepas Lionel Messi yang melakukan pencapaian serupa ketika berusia 24 tahun 284 hari.
Gol Mbappe buat Madrid itu merupakan jaringan ke-50 dalam pentas UCL. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Real Madrid
#Liga Juara-Juara
#bola sepak
#Kylian Mbappe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan