Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum memutuskan sama ada akan menghantar pasukan Bawah-19 (B-19) atau pasukan lain ke Sukan SEA 2021 di Vietnam.
Naib Presiden FAM Datuk S. Sivasundram berkata, keputusan hanya akan diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan, yang akan diadakan dalam masa terdekat.
"Sukan SEA kita belum tentukan, sebab ada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak bagi menentukan skuad mana akan dihantar ke Vietnam nanti.
"Sama ada B-19 atau pasukan mana," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Pemilihan Kriteria Sukan SEA 2021 di Wisma OCM, di sini, semalam.
MOM sebelum ini mengumumkan untuk menghantar lebih ramai atlet muda bertanding di Sukan SEA Vietnam 2021, yang dianggap sebagai medan pendedahan terbaik bagi mempersiapkan pelapis negara sebelum beraksi di temasya lebih besar termasuk Sukan Asia dan Sukan Komanwel.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM Md Dali Wahid berkata, FAM telah memberi cadangan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mewajibkan sukan futsal dipertandingkan di Sukan Malaysia (Sukma).
Jelasnya, cadangan itu adalah bagi memastikan sukan futsal berkembang dan dalam masa sama memberi pendedahan kepada pemain negara.
"FAM beri cadangan minta untuk wajibkan futsal wanita dan lelaki dipertandingkan di Sukma untuk penganjuran seterusnya.
"Tapi Sukma Johor memang tidak ada futsal. Hal ini adalah kerana pasukan futsal negara agak bagus di Asia Tenggara.
"Kalau ikut ranking dunia pun, Malaysia berada di kedudukan ke-67. Kita berpeluang untuk pergi jauh. Jika tiada pertandingan agak sukar untuk mencari pemain baharu," katanya.
Bernama
Fri Sep 04 2020
FAM belum memutuskan sama ada akan menghantar pasukan Bawah-19 (B-19) atau pasukan lain ke Sukan SEA 2021 di Vietnam.
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024
Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan kedudukannya kekal selamat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou.
MSN, JBSN negeri diminta tingkat usaha pencarian atlet para wanita
Hannah berkata, daripada lebih 1,200 atlet di temasya Para SUKMA Sarawak 2024, hanya hanya 303 atlet atau 24 peratus adalah wanita.
MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.
MSN kesal kenyataan melulu Presiden MPM
Beliau berkata atlet negara mesti diberikan sokongan pada setiap masa tanpa menghiraukan keputusan sama ada mereka menang atau kalah.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.