awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid di Syria ragut 8 nyawa, 18 cedera
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSM setia dengan Ahmad Jais

Bernama
Bernama
11/11/2024
20:00 MYT
PSM setia dengan Ahmad Jais
Mohd Sumali berkata keputusan itu menyaksikan kontrak Ahmad Jais dilanjutkan setahun lagi hingga tahun depan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan berkata keputusan itu menyaksikan kontrak Ahmad Jais dilanjutkan setahun lagi hingga tahun depan.
Beliau berkata PSM berpuas hati dengan prestasi barisan kejurulatihan diketuai Ahmad Jais sepanjang mengendalikan skuad kebangsaan tahun ini, termasuk mencapai indeks prestasi utama (KPI) ditetapkan dengan meraih dua pingat emas pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia 2024 di sini Mei lepas.
"Mereka ini pun pasukan jurulatih yang bagus sebab sering berbincang dengan kita tentang bagaimana untuk bertambah baik, bukan sahaja pemain baharu, namun pemain sedia ada.
"Oleh sebab itu, tiada perubahan untuk pasukan kejurulatihan, namun sekiranya ada tambahan nanti, ia bergantung kepada Majlis Sukan Negara (MSN)," katanya baru-baru ini.
Pada Piala Dunia kali ini, Malaysia mencipta sejarah menamatkan penguasaan Thailand selepas mencatatkan kemenangan pada final acara regu dan double, masing-masing dengan keputusan 2-0, namun penantian 33 tahun untuk muncul juara acara regu berpasukan terus berpanjangan apabila tewas kepada Thailand 1-2 dalam aksi final.
Bagaimanapun, Mohd Sumali berkata tugas lebih berat menanti Ahmad Jais apabila PSM bakal meletakkan KPI lebih tinggi untuk tahun depan melibatkan tiga kejohanan utama iaitu Piala Asia di Malaysia, Piala Raja Thai dan Sukan SEA 2025 di Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Sukan Negara
#Sukan SEA
#Piala Dunia
#kejohanan utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan