awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
AI perlu dilihat sebagai sebagai pemerkasa industri - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

FAM enggan ulas dakwaan campur tangan pihak luar dalam pasukan kebangsaan

Bernama
Bernama
30/06/2025
09:24 MYT
FAM enggan ulas dakwaan campur tangan pihak luar dalam pasukan kebangsaan
Mohd Joehari berkata, dakwaan Cklamovski mengenai wujudnya campur tangan pihak luar sewajarnya dijawab individu itu sendiri. - Bernama
SUBANG JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) enggan terlibat dengan dakwaan ketua jurulatih Peter Cklamovski mengenai campur tangan dalam pengurusan pasukan kebangsaan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.
Presiden FAM Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub berkata dakwaan jurulatih kelahiran Australia itu mengenai wujudnya campur tangan pihak luar sewajarnya dijawab individu itu sendiri bagi mengelakkan tercetusnya spekulasi.
"Kita memang tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh Peter (Cklamovski). Saya rasa perkara ini lebih baik ditanya kepada beliau sendiri," katanya pada sidang media selepas Kongres Luar Biasa (EGM) FAM Pertama 2025 di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Cklamovski mendakwa wujud isu dalaman termasuk unsur politik dan halangan tertentu yang dihadapi pasukan kebangsaan kendaliannya dalam usaha memajukan skuad di peringkat antarabangsa.
Dakwaan itu dibuat selepas Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 pada aksi kedua Kumpulan F bagi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun lepas.
Mohd Joehari berkata pihaknya tidak mahu menokok tambah kenyataan yang mungkin boleh disalahertikan atau menimbulkan salah faham dalam kalangan penyokong dan pemerhati bola sepak negara.
"Biarlah Peter sendiri yang jelaskan. Kadang-kadang bila kenyataan diterjemahkan atau disampaikan semula, konteks boleh lari. Jadi, sejujurnya elok tanya dia sendiri," katanya.
Pada masa sama, beliau menekankan sokongan FAM terhadap barisan kejurulatihan Harimau Malaya kekal utuh dan tidak pernah berubah sejak awal pelantikan Cklamovski.
"Saya boleh beri jaminan, sebagai Presiden FAM, kita beri sokongan 100 peratus, malah 150 peratus kepada jurulatih dan pemain. Kita sentiasa di belakang mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#jawab dakwaan
#campur tangan
#pasukan kebangsaan
#Peter Cklamovski
#Mohd Joehari Mohd Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami