awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM, MFL bayar lebih RM2 juta selesaikan tunggakan gaji enam pasukan

Bernama
Bernama
31/08/2019
14:39 MYT
FAM, MFL bayar lebih RM2 juta selesaikan tunggakan gaji enam pasukan
Sumber kewangan untuk menjelaskan tunggakan berkenaan adalah daripada wang hak penyiaran MFL dan baki deposit dalam simpanan FAM daripada enam pasukan berkenaan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi enam pasukan Liga Malaysia berjumlah RM2,458,970.20 melalui pembayaran pada Khamis dan Jumaat lalu.
Enam pasukan berkenaan terdiri daripada tiga pasukan Liga Super iaitu Melaka, Felda United dan Kuala Lumpur, serta tiga pasukan Liga Premier iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pulau Pinang dan Sarawak.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, berkata, sumber kewangan untuk menjelaskan tunggakan berkenaan adalah daripada wang hak penyiaran MFL dan baki deposit dalam simpanan FAM daripada enam pasukan berkenaan.
"Bagaimanapun, pembayaran hanya dibuat kepada pemain dan pegawai yang kes tunggakan gaji atau tuntutan lain itu sudah diputuskan oleh Jawatankuasa Status FAM dan juga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi kes melibatkan pemain import," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ramalingam menjelaskan, inisiatif untuk memotong wang hak penyiaran dan mengunakan wang deposit daripada pasukan terlibat bagi menjelaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai ini adalah kali kedua.
Pada Mac lepas, FAM telah menggunakan wang deposit dan lain-lain wang milik pasukan terlibat berjumlah RM2,517,959.40 yang dipegang oleh FAM bagi menyelesaikan isu yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#Liga Premier
#Liga Super
#MFL
#pemain bola sepak
#sukan
#tunggakan gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan