Skuad wanita negara disasarkan untuk merebut slot separuh akhir Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2019 di Chonburi, Thailand, bermula 15 hingga 27 Ogos ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata walaupun skuad negara berdepan cabaran sengit daripada beberapa pasukan dalam Kumpulan A, beliau yakin skuad kendalian Jacob Joseph mampu melakar kejutan untuk ke separuh akhir.
"Penting untuk kita mempunyai keyakinan tinggi untuk melakar kejayaan, namun ingin saya ingatkan tiada jalan mudah untuk berjaya," katanya selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama skuad wanita negara di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Hamidin menjelaskan, keputusan yang diraih skuad wanita negara menjadi kayu pengukur oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sama ada diletakkan dalam kategori A atau B ke Sukan SEA ke-30 di Filipina, November ini.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal sebelum ini berkata keputusan sama ada skuad bola sepak wanita diletakkan dalam kategori A atau B ke Sukan SEA 2019 bergantung kepada keputusan pada kejohanan AFF itu.
Penyertaan dalam kategori A ditanggung sepenuhnya oleh MOM manakala persatuan sukan kebangsaan perlu mendahulukan wang perjalanan untuk kategori B. MOM akan membayar wang perjalanan berkenaan sekiranya atlet di bawah persatuan sukan berkenaan meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa.
Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama juara empat kali, Thailand selain Singapura, Filipina dan Timor Leste.
Juara dua kali, Vietnam dan Myanmar pula diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia dan Kemboja.
Malaysia akan memulakan kempen menentang Filipina pada 15 Ogos, Singapura (19 Ogos), Timor Leste (21 Ogos), sebelum melengkapkan pusingan awal menentang Thailand, pada 23 Ogos ini.
Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada Kumpulan A dan B mara ke peringkat separuh akhir.
Tahun lalu, Malaysia menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga di belakang Thailand, selaku juara kumpulan dan Australia di tangga kedua.
Pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan berkenaan adalah tempat keempat pada edisi 2007 setelah kalah 0-6 kepada Vietnam pada aksi penentuan ketiga/keempat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 12 2019
Penting untuk kita mempunyai keyakinan tinggi untuk melakar kejayaan, namun ingin saya ingatkan tiada jalan mudah untuk berjaya. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Borneo [01/05/2024] – Tertinggi dalam sejarah | PM announcement | Dijadualkan semula
AWANI Borneo Rabu, 1 Mei 2025 bersama Nickyson Nyambar.
> Kerajaan umum kenaikan gaji penjawat awam lebih 13%.
> Sarawak bakal umum pakej khas.
> Letusan Gunung Ruang : Penerbangan Sabah dan Sarawak masih terjejas.
> Kerajaan umum kenaikan gaji penjawat awam lebih 13%.
> Sarawak bakal umum pakej khas.
> Letusan Gunung Ruang : Penerbangan Sabah dan Sarawak masih terjejas.
Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Malaysia Airlines akan menyambung semula beberapa penerbangan dengan jadual baharu yang pada awalnya dibatalkan berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, di Indonesia baru-baru ini.
Proses rekalibrasi tenaga kerja 2.0 tamat hujung bulan ini
Timb. Menteri Di Pejabat Premier (Buruh, Imigresen, Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala menggesa majikan di Sarawak untuk menjayakan proses Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) sebelum ia ditamatkan pada hujung bulan ini.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak beri manfaat berganda
Cadangan pindaan ke atas Ordinan Buruh Sarawak (Ordinan Bab 76) yang akan dibentangkan di parlimen akan memberi manfaat berganda kepada golongan pekerja di negeri itu.
Sarawak kaji pakej khas, umum pada Jun
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg beri bayangan ada pakej khas yang akan diumumkan kerajaan negeri. Ia penambahbaikan dari apa yang diumumkan Kerajaan Persekutuan.
Perincian kenaikan ketika pembentangan Belanjawan 2025
Menteri Komunikasi itu berkata kenaikan itu hanya boleh berlaku susulan pengurusan dan tatakelola yang lebih baik diamalkan Kerajaan Perpaduan, terutamanya dalam usaha melawan rasuah.
Penjawat awam diharap laksana pembaharuan digarap Kerajaan Madani - KSN
Mohd Zuki berkata pembinaan negara bangsa amat bergantung kepada produktiviti dan prestasi para pekerja yang merupakan jentera utama pembangunan negara.
Kenaikan gaji penghargaan kepada 1.6 juta penjawat awam - CUEPACS
Pengumuman kerajaan berhubung kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula Disember ini satu penghargaan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam negara yang meletakkan negara di landasan kukuh, kata Kongres
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 2 Mei hingga 8 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Pantau Agenda Reformasi: Pantau kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah UMK
FAM sasar tiket separuh akhir untuk skuad wanita negara
Skuad wanita negara disasarkan untuk merebut slot separuh akhir Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2019 di Chonburi, Thailand, bermula 15 hingga 27 Ogos ini.